NUFFNANG

Rabu, Oktober 29, 2014

KAJIAN TERBARU: MINUM SUSU SEBABKAN KEMATIAN AWAL?

Ramai doktor berpandangan bahawa minum susu boleh menguatkan tulang dan menyihatkan badan.
Meskipun ramai doktor berpandangan bahawa minum susu boleh menguatkan tulang dan menyihatkan badan, namun kajian terbaru telah mendapati sebaliknya.

Satu kajian yang dibuat oleh The BMJ baru-baru ini membuat penemuan bahawa warga Sweden yang minum susu lembu dalam amaun yang tinggi, didapati mati lebih muda.

Selain itu, wanita pula didapati mengalami keretakan tulang.

Menurut laporan AFP, kajian tersebut mungkin boleh merubah pandangan mengenai khasiat susu namun kajian yang lebih mendalam diperlukan kerana ianya mungkin hanya kebetulan.

Satu pasukan dari Sweden telah mengumpul data dari 61,000 wanita berumur 39-74 tahun, dan memantau mereka selama 20 tahun.

Pasukan itu juga telah mengambil data dari 45,000 lelaki Sweden berumur 45-79 tahun dan memantau mereka selama 11 tahun.

Kesemua sukarelawan itu memberikan maklumat tentang cara pemakanan, cara hidup, berat badan, tabiat merokok, kekerapan bersenam, tahap pendidikan dan taraf perkahwinan.

Daripada kajian itu, didapati seramai 25,500 orang daripada kumpulan sukarelawan tersebut telah meninggal manakala 22,000 dari mereka telah mengalami keretakan tulang.

Di kalangan wanita dalam kumpulan itu, 180 daripada 1,000 yang meminum tiga gelas atau lebih susu, meninggal dalam jangka 10 tahun dan lebih awal berbanding umur purata kumpulan tersebut.

Selain itu, didapati 42 daripada 1,000 individu yang minum susu dengan kuantiti yang banyak telah mengalami keratakan tulang, manakala yang meminum susu secara sederhana ialah 35 daripada 1,000 individu dan yang meminum susu dalam kuantiti yang sedikit ialah seramai 31 daripada 1,000 individu.

"Wanita yang meminum tiga atau lebih gelas susu sehari mempunyai risiko kematian 90 peratus lebih tinggi, risiko keretakan tulang pinggul 60 peratus lebih tinggi dan risiko keretakan tulang-tulang lain sebanyak 15 peratus lebih tinggi," kata penulis bersama kajian tersebut, Karl Michaelsson dari Universiti Uppsala.

Untuk lelaki pula, jumlah kematian pula ialah seramai 207 daripada 1,000 individu untuk yang meminum tiga gelas susu sehari, 189 daripada 1,000 untuk yang meminum secara sederhana, dan 182 daripada 1,000 untuk yang meminum dalam kuantiti yang sedikit.

Antara sebabnya kata penulis ialah susu mempunyai kandungan galaktos-D yang tinggi, iaitu sejenis gula yang didapati mempercepatkan penuaan dan memendekkan jangkahayat.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: