Nuffnang Ads

Selasa, Oktober 14, 2014

SANGGUP BERGADUH HINGGA CEDERA SEMATA-MATA BEREBUT AIR ORANG MATI...BIAR BETUL?

Lobengula Zimbabwe - Dua penjaja jalanan cedera selepas bergaduh berebut air mayat. Menurut saksi, Viola Tshima dan Molene Hadebe yang sebelum ini berkawan baik, bertengkar selepas Tshima menuduh rakannya mengambil lebih banyak air berkenaan di sebuah rumah mayat sebelum dia tiba.

Pertengkaran itu akhirnya membawa kepada pergaduhan sengit.Kedua-dua peniaga itu sering ke rumah mayat berkenaan untuk mengambil air dari mayat yang dibersihkan di situ.

Mereka menggunakannya sebagai pelaris perniagaan. Air berkenaan biasanya digunakan penduduk Zimbabwe yang taksub dengan kepercayaan karut. Kebanyakan penjaja membelinya untuk melariskan perniagaan sementara dalam kalangan wanita, air itu digunakan untuk 'menjinakkan' suami masing-masing.
MELOYAKAN...AIR MAYAT DIGUNAKAN UNTUK BASUH BUAH-BUAHAN SEBAGAI PELARIS
Peniaga yang ditemubual juga mendedahkan, air mayat itu diambil dari mayat yang dimandikan, turut digunakan untuk membasuh buah seperti epal dan tomato kerana dipercayai dapat menarik ramai pelanggan, seramai yang datang untuk menghadiri majlis pengebumian.

Menurut mereka lagi, sesetengah penggali kubur meraih keuntungan lumayan dengan menjual air mayat. - Agensi

AIR MANDI MAYAT DIMINUM UNTUK MERAWAT AIDS?
Perkara sebegini bukan berlaku di Zimbabwe saja, di tempat kita (Malaysia) ada juga hal-hal yang begini, cuma tidaklah sampai bergaduh untuk mendapatkan air mayat.

Amalan Pelik, Guna Air Mayat Buat Ubat & Mandian Air mandi mayat dijadikan ubat. masih menular dan sukar dibendung sejak puluhan tahun lalu.

Air mayat yang kotor dan berkuman itu digunakan semula sebagai air mandi kononnya untuk menghilangkan rindu kepada si mati, merawat kanak-kanak yang terkena badi mayat, sebagai air penerang hati dan mengubat ketagihan dadah.
INILAH TALI PENGIKAT JENAZAH DAN AIR MAYAT YANG  DI TADAH DALAM JAG
Malah, ada juga ada yang meminta tali pengikat kain kafan dan sarung tangan digunakan tukang mandi mayat untuk membersihkan dubur si mati, juga dengan alasan dibuat ubat. Malahan ada juga individu yang percaya air mandi mayat mampu menyembuhkan penyakit AIDS.

Perbuatan khurafat ini sudah lama berlarutan sejak puluhan tahun dan masih berlaku sampailah sekarang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: