NUFFNANG

Isnin, Oktober 20, 2014

TUNKU ISMAIL BAKAL BERNIKAH DENGAN CIK KHALEEDA 24 OKTOBER INI

Tengku Mahkota Johor bernikah dengan Cik Khaleeda Bustamam 24 Oktober ini
JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan istiadat pertunangan dan pernikahan bersama Cik Khaleeda Bustamam pada 24 Oktober ini.

Majlis terbabit akan diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada pukul 10 pagi.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja, Datuk Rahim Ramli berkata, istiadat pernikahan akan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran pada hari yang sama.

Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dengan dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.

“Pada 24 Oktober pula, iaitu pada Jumaat, kita akan adakan istiadat pertunangan dan pernikahan. Istiadat ini nama sahaja istiadat pertunangan dan pernikahan tetapi  ada tiga majlis iaitu pertama, istiadat pertunangan di mana sekali lagi Tunku Aminah akan menyarungkan cincin pertunangan pada jari Cik Khaleeda.

Selepas itu barulah Sultan Johor berkenan untuk mengurniakan tujuh barangan kepada pihak pengantin perempuan dan sebagaimana istiadat Melayu, pihak pengantin perempuan akan membalas sembilan hadiah. Selepas itu barulah diadakan istiadat pernikahan yang akan dilaksanakan oleh Mufti Johor.” ujar Datuk Rahim Ramli, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Bukit Timbalan di sini.
Gambar Tunku Ismail bersama Cik Khaleeda (kanan)
Menurut Rahim, istiadat merisik telah diadakan pada 27 September lalu dengan rombongan diketuai Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Iskandar dan disusuli istiadat meletak kerja pada 18 Oktober lalu.

Pada istiadat terbabit, bendera istiadat dinaikkan oleh anggota Askar Timbalan Setia Negeri selain tujuh das tembakan meriam oleh 41 bateri istiadat Rejimen Artileri Diraja.

Katanya, semua istiadat dilaksanakan mengikut adat Melayu dan diraja Johor selain mempunyai unsur ketenteraan.
Cik Khaleeda Bustamam
Khaleeda, 21, merupakan anak bongsu daripada lima beradik dan dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak sebelum meneruskan pendidikan awal di Sekolah St. George’s Hanover Square di London, dan Westminster Academy di London.

Beliau kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sehingga menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia pada Disember 2010.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: