NUFFNANG

Jumaat, Oktober 31, 2014

VIDEO: KERETA TERBANG BUKAN LAGI KHAYALAN, IA BETUL-BETUL WUJUD

 AeroMobil 3.0
SEBUAH kereta luar biasa yang mampu terbang dibangunkan oleh sebuah syarikat Slovakia, BRATISLAVA.

Jika di udara ia menjadi sebuah pesawat
Kereta tersebut dapat mencegah pemandu daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dengan meluncur ke udara.

Dibina menggunakan rangka keluli ringan dengan lapisan karbon, kereta sepanjang 6 meter itu mempunyai dua sayap sepanjang 8.2 meter apabila ia berubah menjadi pesawat.

Kenderaan tersebut boleh memuatkan dua orang penumpang.
Jika di darat ia menjadi sebuah kereta sport yang bergaya
Ia yang dinamakan AeroMobil 3.0 mampu mencapai kelajuan maksimum 159 kilometer/sejam (km/j) di atas jalan.

Namun, kenderaan tersebut boleh mencecah kelajuan 200 km/j ketika terbang di udara dan mampu terbang sejauh hampir 500 kilometer.
Ruang pemandu yang canggih dan selesa
Kenderaan hibrid itu merupakan ilham dua pereka tempatan iaitu Stefan Klein dan Jurak Vaculik yang beribu pejabat di Bratislava.

AeroMobil 3.0 telah diperkenalkan kepada umum di sebuah pameran udara yang diadakan di Montreal, Kanada.
Papan pemuka seperti sebuah pesawat
Kenderaan seberat 450 kilogram itu dilengkapi enjin Rotax 912 ULS yang menggunakan petrol yang dijual di stesen-stesen minyak.
AeroMobil 3.0 meluncur laju di jalan raya
Menurut perekanya, kereta itu boleh dipandu di atas jalan raya dan muat untuk diletakkan di petak parkir apabila kedua-dua sayapnya dilipat.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: