NUFFNANG

Isnin, Oktober 06, 2014

VIDEO: MANGSA SEMPAT ‘SELFIE’ SEBELUM KEMALANGAN MAUT DI TEROWONG MENORA

Kuala Kangsar -Di saat semua sedang sibuk dengan persiapan menyambut hari raya Aidiladha, masyarakat digemparkan dengan laporan kemalangan ngeri di terowong Menora yang meragut nyawa dua orang mangsa.

Paling menyedihkan, apabila lima sekeluarga yang dalam perjalanan pulang ke kampung itu sempat ‘berselfi’ sebelum kereta yang dinaiki mereka dirempuh sebuah lori yang dikatakan hilang kawalan di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, selepas Terowong Menora, dekat di sini.

LIHAT VIDEO

Dalam kemalangan pukul 11.30 pagi yang membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik-beradik lain mengalami cedera ringan.

Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu.

Muhammad Yusriman, 23, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM, ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tidak putus-putus melafazkan “saya minta maaf mak” dengan nada hiba selepas merasa serba salah atas kejadian itu.

Beliau mendakwa sebuah treler telah melanggar treler yang lain dari arah belakang, kemudian treler berkenaan merempuh pula bahagian belakang kereta yang sedang dipandunya.

“Bunyi kuat sangat, saya rasa pemandu treler itu tidak membrek. Adik-beradik menjerit dan cermin pecah,” katanya ketika ditemui pemberita di HRPB semalam.

LIHAT VIDEO

Beliau berkata orang awam kemudian membantu mereka keluar daripada kereta tersebut.

“Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Bukit Sentosa, Rawang, ke Lenggong. Mak dan ayah orang sana,” katanya.

Beliau dan abangnya Muhammad Yusrizal, 25, mengalami cedera ringan manakala adik mereka Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Ghuzlan Salleh berkata kesemua mangsa yang menaiki kereta itu merupakan keluarga kepada seorang anggota polis berpangkat sub inspektor yang bertugas di Pusat Latihan Polis Bukit Beruntung, Selangor.

Beliau berkata bagaimanapun anggota polis berkenaan tidak bersama-sama keluarganya ketika kejadian.

Source / www.suara.tv

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: