Nuffnang Ads

Isnin, Oktober 20, 2014

VIDEO: MENAKJUBKAN! RATUSAN TASIK MUNCUL DI TENGAH PADANG PASIR

RATUSAN TASIK MISTERI INI SUDAH WUJUD SEJAK RIBUAN TAHUN LALU
INILAH pemandangan aneh dan luarbiasa padang pasir Lencois Maranhenses di Brazil. Pelancong pasti tak percaya kewujudan ratusan tasik yang airnya sangat jernih dan muncul di tengah padang pasir. Seperti pemandangan di alam ghaib layaknya.


Sesiapa pun bebas berenang di sana. Taman negara yang dilindungi ini terbentang di 4 bandar yakni Humberto de Campos, Primeira Cruz, Santo Amaro dan Barreirinhas. Lencois Maranhenses yang luasnya 1,000 km persegi ini sudah terbentuk ribuan tahun lalu di negara tropika Brazil.

Tasik padang pasir ini sangat cantik serta dihuni oleh beribu-ribu jenis ikan warna-warni yang berenang bebas.

Ada beberapa tasik besar dengan hiasan alam paling cantik di padang pasir ini. Misalnya Blue Lagoon dan Seagull Lagoon. Ramai pelancong dari serata dunia yang tidak mahu ketinggalan sewaktu bercuti di sana dan pastinya berenang di tasik itu.

LIHAT VIDEO RATUSAN TASIK DI PADANG PASIR

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: