Nuffnang Ads

Rabu, Oktober 22, 2014

VIDEO: ROSMAH SENGGOL NAJIB JADI VIRAL

Video aksi Datin Seri Rosmah Mansor menyenggol bahu Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis rasmi bersama pemimpin Indonesia menjadi viral di
laman sosial.

Insiden tersebut berlaku ketika Najib yang diiringi isterinya itu menghadiri upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia ketujuh, di Jakarta Isnin lalu.

Rosmah yang duduk bersebelahan, mengalih pandangan ke arah Najib terlebih dahulu sebelum menyenggol kuat bahu Najib sehingga kejadian itu disedari orang yang duduk bersebelahan mereka.

Malah perlakuan Rosmah itu turut ditayangkan dalam slot berita perdana RTM pada hari yang sama.

LIHAT VIDEO

Video berdurasi selama tiga saat itu secara jelas memperlihatkan tindakan Rosmah berkenaan.

Tingkah laku Rosmah itu bahkan menjadi ‘buah mulut’ rakyat Malaysia dan mengundang berbagai pandangan ada yang positif dan ada yang negatif.

Hmmm...kalau dah jadi orang ternama dan terkenal segala apa yang dilakukan pasti menjadi perhatian orang ramai, walaupun ianya hanya perkara-perkara kecil dan remeh...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: