Nuffnang Ads

Sabtu, November 08, 2014

PEMIMPIN INDIA KANTOI BERLAKON SAPU SAMPAH JADI BAHAN KUTUKAN

Gambar Satish Upadhyay menyapu sampah di jalan raya dikutuk oleh pengguna jaringan sosial sebagai satu lakonan sahaja. 
NEW DELHI 7 Nov. – Seorang ahli politik India dikutuk di media sosial selepas gambarnya menyapu sampah demi menyahut kempen “Bersih India” yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Narendra Modi, didedahkan merupakan satu lakonan.

Sejak pelancaran kempen itu pada bulan lepas, ramai pemimpin berprofil tinggi mahu dilihat menyokongnya dengan memastikan gambar mereka menyapu sampah di jalan-jalan raya disiarkan di media.
Bagaimanapun, cubaaan pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) New Delhi, Satish Upadhyay ‘memakan dirinya sendiri’ apabila gambarnya tersebar luas di media sosial selepas disiarkan oleh akhbar Mail Today pada minggu ini.

GAMBAR PEKERJA MENABUR SAMPAH TERSEBAR!!!
Keadaan itu berlaku kerana gambar seorang pekerja menaburkan sampah dan daun-daun sebelum Upadhyay menyapunya turut disebarkan.
Narendra Modi (tengah) menyapu sampah sebagai simbolik pelancaran kempen 'Clean India' bagi mendidik rakyat menjaga kebersihan.
Gambar dengan hashtag #CheatingCleanIndia itu dikutuk apabila tersebar di jaringan sosial, Twitter.

Seorang pengguna Twitter, Niraj Surana berkata: “Kini terdapat permintaan tinggi ke atas sampah orang penting seperti daun kering (tidak melekit)’’.

“Saya menyangka perkara baik akhirnya berlaku sejak penubuhan kerajaan baharu, namun terdapat pemimpin hipokrit #CheatingCleanIndia,’’ kata seorang lagi pengguna jaringan sosial itu, Suraj Bajaj.

Upadhyay mempertahankan diri dengan menyatakan beliau dijemput untuk acara tersebut dan menyalahkan penganjur atas apa yang berlaku.

Modi pada 2 Oktober lalu melancarkan kempen tersebut dan menggesa menteri dan kakitangan awam di negara ini untuk turut serta membersihkan bangunan-bangunan kerajaan. – AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: