Nuffnang Ads

Ahad, November 16, 2014

PENJENAYAH PUTUS TANGAN KENA TETAK TUAN RUMAH

SEREMBAN: Seorang penjenayah putus tangan kanan akibat ditetak oleh tuan rumah yang dicerobohinya di Taman Sikamat Utama di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, empat lelaki bersenjatakan parang memasuki rumah teres setingkat yang dihuni sepasang suami isteri dengan memotong besi tingkap.
Menurut Muhammad Zaki (gambar) polis yang menjalankan pemeriksaan dan siasatan menemui suspek berumur 26 tahun yang cedera putus tangan kanan di dalam semak.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata dua daripada empat lelaki terbabit memasuki sebuah bilik dan menyerang tuan rumah dengan menumbuk mukanya bertubi-tubi.
MANGSA, Mohd Rofik Feran Ali, 42 menunjukkan sarung parang yang digunakan ketika bergelut bersama suspek mengakibatkan tangan suspek putus dalam kejadian samun dikediamanya di Taman Sikamat Utama, Seremban. -Foto Hazreen Mohamad
Bagaimanapun, katanya mangsa melawan balik dan berjaya mengambil sebilah parang lalu melibas seorang penyerang.

"Penyerang terbabit putus tangan kanan dan melarikan diri dari rumah itu, tetapi ditemui terbaring di kawasan semak berdekatan. Tiga rakannya yang lain melarikan diri dengan menaiki sebuah van putih," katanya di sini, hari ini.
MOHD Rofik Feran Ali, 42 menunjukkan kesan darah daripada tangan suspek yang putus dalam cubaan mempertahankan diri ketika kejadian samun dikediamanya di Taman Sikamat Utama. - Foto Hazreen Mohamad
Beliau berkata, penjenayah terbabit bersama tangan yang putus dan mangsa yang cedera pada muka dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan.

"Siasatan mendapati pasangan suami isteri yang kerugian kira-kira RM5,000 akibat kehilangan barang kemas dan wang tunai serta empat penjenayah terbabit adalah etnik Rohingya dari Myanmar," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sumber:BH Online

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: