Nuffnang Ads

Isnin, November 24, 2014

RIBUAN KERANG TERDAMPAR DI MARANG FENOMENA BIASA ATAU LUAR BIASA?

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengutip kerang yang terdampar di sekitar kawasan pantai di Marang.
Di Marang Terengganu ribuan kerang ditemui terdampar di sepanjang Pantai Rusila hingga Rhu Dua termasuk Pantai Pulau Kekabu. Kejadian berlaku selepas solat Jumaat, menyebabkan orang ramai memenuhi kawasan pantai untuk mengutipnya.


Penduduk menyifatkan ribuan kerang yang terdampar di atas pantai itu dipercayai kesan selepas berakhirnya hujan lebat dan ribut melanda negeri Terengganu sejak beberapa hari lalu.

Penduduk juga mengandaikan, hidupan yang biasanya terdapat di muara sungai dan laut cetek itu seolah-olah dipaksa keluar oleh gumpalan air laut selepas dibawa arus sebelum terdampar di kawasan pantai dua kampung berkenaan.

Perkara ini pernah berlaku di Lumut dan Lahat Datu sebelum ini, namun agak mengejutkan apabila ia berlaku buat kali pertama di Marang dan Terengganu kata penduduk setempat.

MUNGKINKAH DIBAWA ARUS?

Ramai penduduk percaya kejadian itu berlaku pada musim tengkujuh apabila laut bergelora dan paras air sungai naik mendadak, sekali gus menyebabkan hidupan yang tinggal di kawasan air cetek keluar serta terdampar dibawa arus ke pantai itu.

Akibat arus kuat dari muara sungai ke laut, ribuan kerang ini terdedah kepada ombak dan akhirnya dihanyutkan ke pantai semula. Kawasan pantai sudah macam pesta apabila berita mengenainya tersebar begitu cepat.

Bagaimanapun punca sebenar kerang memenuhi kawasan pantai tetap menjadi misteri.

KAITAN KERANG BULU DAN TSUNAMI 
KERANG BULU BERWARNA HITAM
Kebiasaanya kerang yang terdampar ke pantai hanyalah 'kerang bulu'. Kerang bulu mirip kerang diternak, tetapi ianya berbulu halus berwarna hitam tetapi kemunculan hidupan laut itu biasanya disebabkan fenomena ombak besar yang disebabkan oleh gempa bumi dilautan.
KERANG BULU SEMEMANGNYA BERBULU HALUS
Walaupun isinya dikatakan agak liat, tetapi manis dan lazat. Kerang bulu memang sukar untuk didapati dan harganya mahal berikutan ia hidup dalam selut di tengah dasar laut. Hidupan laut ini hanya muncul apabila ditolak ombak yang sangat kuat dan besar ke pantai.
KERANG YANG TERDAMPAR DI PANTAI MARANG ADALAH KERANG BIASA
Kemunculan begitu banyak hidupan laut itu di pantai marang ini juga mengimbau kembali kejadian tsunami pada 2004 apabila beribu ikan dan kepah muncul di tepi pantai sebelum ombak besar melanda.
Monument Tsunami Kuala Muda, sempena bencana alam tsunami yang melanda di kawasan tu pada 26 Desember 2004.
Bagi Penduduk Kuala Muda, Penaga, suatu ketika dulu yang pernah dilanda tsunami pada 2004 mendakwa berlaku fenomena luar biasa apabila banyak 'kerang bulu' dan 'siput hijau' muncul di permukaan pantai dan selut sebelum, berlakunya tsunami dahsyat.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: