NUFFNANG

Jumaat, November 28, 2014

VIDEO: 70 ORANG PENUMPANG KENA TOLAK KAPAL TERBANG DULU SEBELUM BERLEPAS

Sebahagian daripada 70 orang penumpang terpaksa menolak kapal terbang milik syarikat penerbangan UTair di Lapangan Terbang Igarka
Bagaimanapun, sekumpulan penumpang kapal terbang di kawasan Artik berdepan cabaran lebih ekstrem apabila terpaksa menolak pesawat yang bakal mereka naiki, selepas bahagian brek kapal terbang itu membeku akibat cuaca sejuk melampau.

Mail Online melaporkan, 70 orang penumpang terpaksa menolak kapal terbang milik syarikat penerbangan UTair di Lapangan Terbang Igarka, gara-gara breknya gagal berfungsi dengan baik akibat suhu rendah -54 darjah Celcius.

LIHAT VIDEO

Kesemua penumpang mengambil keputusan untuk menolak kapal terbang jenis Tupolev 134 dengan berat mencecah 30 tan itu kerana bimbang mereka lewat tiba ke destinasi yang dituju iaitu bandar Krasnoyarsk.

Penumpang yang terdiri daripada pekerja lombong minyak dan gas menolak kapal terbang itu ke arah belakang untuk membolehkan breknya kembali berfungsi.

“Sambil menolak mereka menjerit ‘cepat, tolak bersama-sama, lelaki tulen bukan sahaja boleh membina rumah dan bercucuk tanam tetapi juga boleh menolak kapal terbang’,” jerit salah seorang penumpang itu, seprti dilaporkan sumber kepada akhbar The Siberian Times.

Masalah itu dipercayai berpunca daripada penggunaan minyak brek yang tidak mampu menampung cuaca di bawah paras beku di kawasan kutub.

Pengarah Katekavia, syarikat yang menjalinkan kerjasama de­ngan syarikat penerbangan UTair berkata, Vladimir Artemenko ber­kata, suhu persekitaran merupakan punca utama brek membeku dan kapal terbang Tupolev 134 pada asasnya tidak mengalami sebarang masalah teknikal.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: