NUFFNANG

Rabu, November 19, 2014

VIDEO: CARA BARU MUSNAHKAN SARANG TEBUAN GERGASI

KEADAAN sarang tebuan sebelum dimusnahkan oleh Reich dengan menggunakan semburan air.
Di London satu rakaman video yang dimuat naik dalam laman perkongsian video, YouTube menunjukkan aksi berani seorang lelaki yang hanya menggunakan semburan air untuk memusnahkan sarang tebuan gergasi.

Video berdurasi selama dua minit itu menunjukkan lelaki tersebut, Richard Reich memusnahkan sarang tebuan yang berada di belakang bangsal miliknya.
TAK PAYAH PENING-PENING KEPALA SEMBUR JE DENGAN AIR...
Reich dilihat hanya menggunakan semburan air dari paip rumahnya untuk memusnahkan sarang tebuan berkenaan.

Lebih menghairankan lagi Reich yang berada hanya beberapa meter dari sarang tebuan berkenaan langsung tidak diserang atau disengat haiwan berbisa itu.
SELESAI MASAALAH
Di akhir video tersebut, lelaki itu dilihat memukul beberapa ekor tebuan dengan menggunakan satu raket badminton.

Reich berkata, dia tidak disengat oleh tebuan berkenaan kerana berada agak jauh dari sarang dan tidak dianggap sebagai ancaman oleh serangga tersebut.

Bagaimanapun, Reich menasihatkan orang ramai supaya tidak meniru aksi bahaya itu kerana tebuan adalah haiwan berbisa yang boleh membawa maut.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: