Nuffnang Ads

Sabtu, November 01, 2014

VIDEO: KAPAL SELAM KD TUN RAZAK TUNJUK KEHEBATAN

Kapal Selam KD Tun Razak
KOTA KINABALU - Kapal Selam KD Tun Razak berjaya melaksanakan penembakan torpedo Black Shark di Perairan Laut China Selatan, 11.20 pagi tadi.

Penembakan yang dilancarkan dari aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mengenai sasaran permukaan yang disasar pada jarak dan kelajuan yang ditetapkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Tentera Laut KD Tun Razak melancarkan tembakan ke sasaran permukaan iaitu sebuah feri penumpang dalam eksesais yang dinamakan Op Barracuda 1/2014.

“Torpedo yang dilancar pada jarak tertentu tepat mengenai dan memusnahkan struktur feri penumpang yang telah diubah suai untuk tujuan itu.

“Penembakan pertama kali ini dianggap sejarah kapal selam negara sejak kapal selam pertama negara KD Tunku Rahman tiba di Pelabuhan Klang, 3 September 2009 lalu,” katanya dalam kenyataan itu.

Selain itu, ia juga pertama buat torpedo jenis Black Shark semenjak diperkenalkan pengeluar Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali.

“Operasi ini melibatkan aset bantuan dari perkhidmatan TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia sebagai aset untuk keselamatan kawasan, tim sasaran, rakaman dan analisis.

“Antara aset TLDM yang terlibat ialah KD Jebat, KD Terengganu, KD Kasturi, KD Laksamana Tan Pusmah, helikopter Fennec, kapal penyelamat kapal selam Mega Bakti dan Bot Tempur CB 90 serta Tim Penyelam, sementara TUDM yang turut terlibat ialah pesawat B 200T dan EC 725,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kejayaan penembakan torpedo ini telah membuktikan bahawa kesiagaan ATM khususnya TLDM sentiasa di tahap yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Ia juga sekaligus meletakkan TLDM antara pasukan tentera laut yang wajar digeruni di rantau ini.

Kemasukan kapal selam dalam inventori TLDM bukan sahaja meningkatkan keupayaan Armada TLDM malah melengkapkan keupayaan tiga dimensi iaitu peperangan bawah permukaan, aras permukaan dan anti-udara.

Kapal selam kelas Scorpene merupakan antara kapal selam diesel boleh beroperasi sehingga kedalaman lebih 300 meter dan paling senyap di dunia serta sukar dikesan musuh.

LIHAT VIDEO

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahukah wahai tuan blog,statistik dr 2008 sahaja hingga ke hari ni,singapura telah menceroboh ruang angkasa malaysia sebanyak 2058 kali!
So apa yg hebatnya tudm tu?
Setakat main perang sorg2 bleh la.
Rasa malu jd rakyat malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: