Nuffnang Ads

Khamis, November 20, 2014

VIDEO: PETANDA APAKAH INI?

CAHAYA tersebut menyebabkan keadaan jalan raya yang gelap tiba-tiba terang seperti waktu siang.
MOSCOW – Satu cahaya cerah berwarna oren yang muncul selama 11 saat di bandar Rezh dekat sini mencetuskan misteri dalam kalangan penduduk setempat.

MALAM GELAP PEKAT...
TIBA-TIBA MUNCUL SEPERTI CAHAYA FAJAR...
Cahaya berkenaan berjaya dirakam oleh sebuah kamera video milik seorang pemandu kereta pada Jumaat lalu yang menunjukkan langit yang gelap ketika itu tiba-tiba menjadi terang seperti waktu siang selama beberapa saat.
MALAM YANG GELAP MENJADI TERANG BENDERANG SELAMA 11 SAAT...
KEMUDIAN  ALAM MENJADI GELAP GELITA KEMBALI
Lelaki tersebut berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Rezh sebelum satu cahaya terang tiba-tiba muncul di bandar berkenaan.

“Cahaya itu sungguh terang sehingga menyebabkan keadaan yang gelap ketika itu menjadi cerah seperti waktu siang,” katanya.

Sementara itu, akhbar The Siberian Times melaporkan bahawa beberapa pakar mengesyaki cahaya tersebut mungkin berpunca daripada sebuah tahi bintang yang jatuh ke bumi.

Bagaimanapun, saksi yang melihat kejadian berkenaan tidak mendengar sebarang bunyi dan pihak berkuasa Rusia juga enggan memberikan sebarang komen. – Agensi

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: