Nuffnang Ads

Khamis, November 13, 2014

VIDEO: TINGGAL DI BULAN BAKAL JADI KENYATAAN

LONDON - Tinggal di bulan mungkin tidak lagi mustahil selepas Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mendedahkan rancangan membangunkan penempatan manusia pertama di planet itu dengan menggunakan robot pencetak tiga dimensi (3D) dalam tempoh 40 tahun lagi.


Kediaman itu akan diperbuat daripada tanah di bulan sebelum diproses oleh robot pencetak kepada bentuk gelembung untuk memastikan struktur bangunan berkenaan selamat.

Kediaman berkenaan akan dilengkapi dengan bilik untuk empat orang. Struktur itu pula boleh melindungi penghuninya daripada jatuhan meteor dan sinaran gamma.

Bagi membangunkan projek tersebut, ESA akan bekerjasama dengan firma arkitek, Foster & Partners untuk memastikan kehadiran manusia di bulan secara tetap yang merupakan satelit semula jadi bagi Bumi.

Pasukan penerbangan angkasa manusia ESA, Scott Hovland berkata, pencetak 3D menawarkan satu potensi yang memudahkan penempatan di bulan dengan mengurangkan pengangkutan dari bumi.

“Mengikut teori, sebanyak 90 peratus daripada material yang diperlukan untuk membangunkan struktur itu telah pun wujud di bulan. Oleh itu, hanya robot dan bahagian-bahagian yang ringan seperti gelembung dan penyambung pejal serta kemasukan segmen yang perlu dibawa dari Bumi,’’ katanya.

Sementara itu, wakil Foster & Partners, Xavier De Kestelier berkata, sebagai latihan, mereka membiasakan diri dengan keadaan iklim ekstrem di Bumi dan mengeksploitasi manfaat alam sekitar dengan menggunakan bahan-bahan tempatan yang kukuh.

“Penempatan di bulan akan mengikut logik yang sama seperti di Bumi,’’ katanya.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: