NUFFNANG

Sabtu, Disember 27, 2014

BANJIR TERBURUK SELEPAS 30 TAHUN TERKINI MANGSA BANJIR CECAH 120,000 ORANG


KUALA LUMPUR 26 Dis. – Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri kini mencecah 119,800 orang dengan Kelantan mencatat jumlah tertinggi iaitu orang 45,467 orang. Kota Bharu mencatatkan jumlah pemindahan tertinggi iaitu sebanyak 14,586 orang.

Di TERENGGANU, keadaan banjir di negeri ini bertambah buruk walaupun cuaca dilaporkan cerah di kebanyakan tempat di sini sejak beberapa hari lalu.

Menurut portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, sehingga pukul 7 malam, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 34,844 mangsa daripada 8,679 keluarga.

Daerah Kemaman masih mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 25,209 orang diikuti oleh Dungun (8,197), Kuala Terengganu (1,258) dan Hulu Terengganu seramai 180 mangsa.

Bagaimanapun, bandar Kuala Terengganu masih dapat dihubungkan dengan Kuantan melalui beberapa lencongan dan jalan alternatif.

‘‘Untuk ke Kuantan, mereka disaran melalui persimpangan Jalan Che Lijah di Dungun dan menggunakan Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2) Tol Dungun.

‘‘Dari Tol Dungun itu, pengguna boleh melaluinya sehingga susur keluar Tol Paka berikutan kawasan sekitar di Air Hitam sehingga Kampung Nyior di Dungun dinaiki air,’’ menurut laporan itu.

Keadaan di PAHANG pula menyaksikan jumlah mangsa berkurangan kepada 32,380 orang berbanding 35,736 orang pada tengah hari.

LIHAT VIDEO

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, jumlah mangsa di Kuantan kini (16,691 orang), Jerantut (4,728 orang), Pekan (2,281 orang), Temerloh (2,823 orang), Maran (2,818 orang), Lipis (2,697 orang), Bera (310 orang) dan Rompin (32 orang).

Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 537 orang daripada 130 keluarga di 10 pusat pemindahan berbanding 214 orang pada tengah hari.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Johor, Datuk Ismail Karim berkata, sehingga pukul 5 petang, daerah yang terjejas adalah Kluang, Batu Pahat, Kulaijaya, Segamat dan Muar.

Di KEDAH, jumlah mangsa semakin berkurangan setelah banjir di dua daerah iaitu Padang Terap dan Bandar Baharu semakin surut dengan tinggal 28 mangsa berban­ding 96 orang tengah hari .

Di PERLIS, angka mangsa turut berkurangan kepada 209 orang manakala di PERAK, jumlah mangsa kekal 6,119 orang dengan daerah Kuala Kangsar merekod jumlah 2,579 mangsa di 50 pusat pemindahan, menurut jurucakap MKN Ne­geri Perak.

Dikongsikan gambar yang diambil dari pesawat Charlie TUDM ketika membantu mangsa banjir di kelantan:








Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: