NUFFNANG

Khamis, Disember 11, 2014

BUAH KERIANG DOT ANGGUR MALAYSIA

Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur.

Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh.

Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.

Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.

Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.

Anak-anak kecil di kampung lebih mengenali buah ini dengan nama 'anggur Malaysia' kerana gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur.

Selain mempunyai rasa yang enak buah ini juga berkesan bagi membantu pesakit kencing manis mengurangkan kadar gula dalam darah mereka.

Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, mereka tidak perlu bimbang untuk menjamah buah ini kerana ia tidak mempunyai kesan yang buruk bagi penghidap penyakit ini.

Biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Buah keriang dot semakin sukar diperoleh kerana pokok keriang semakin pupus.

Buah ini mempunyai khasiat daripada segi perubatan dan buah ini boleh dikomersialkan jika kajian saintifik mengenai khasiatnya dijalankan secara menyeluruh.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Last aku mkn buah ni 30 thn lps masa sekolah rendah.
Pastu aku x pnh dah jmpa buah ni
Abis baju kalau kena buah ni.tp rasa dia mmg unik.kalau ada skrg,aku sanggup beli

Unknown berkata...

Lama tak makan

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: