NUFFNANG

Sabtu, Disember 27, 2014

KITA TIDAK KEBAL – Tun Dr Mahathir Mohamad

Tun Dr Mahathir Mohamad 
Kuala Lumpur – Keadaan ekonomi dunia kini sangat meruncing. Bukan sahaja harga minyak jatuh daripada AS$110 kepada kurang daripada AS$60 se tong, tetapi harga kelapa sawit, harga getah, harga saham dan kadar pertukaran ringgit semua jatuh teruk.

Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa setiap rakyat negara ini terlibat.

“Semua ini melibatkan kita, rakyat Malaysia, komoditi kita dan wang kita. Tetapi kita diyakinkan dan terus diyakinkan yang kita tidak akan terjejas. Kita akan terus berkembang pada kadar yang diunjurkan. Benarkah demikian!?”tulis mantan Perdana Menteri itu di dalam blognya.

Menurutnya, inflasi kini berada berada pada kadar 3 peratus, justeru itu, tambah beliau, bolehkah kita percaya bahawa ia tidak akan memberi kesan kepada kuasa beli? Bolehkah kita membeli kesemua barang yang kita selalu beli? Kesemua makanan, pakaian dan sebagainya?, tanya Mahathir.

Mahathir juga menegaskan bahawa masyarakat umum hendaklah mengurangkan perbelanjaan apabila membeli barangan import atau ketika berada di luar negara.

Bagaimanapun, menurut beliau lagi, para pelancong pastinya menambah pembelian jika pemasaran dilakukan dengan betul.

Berhubung kejatuhan harga minyak, beliau berkata, kos perjalanan dan penerbangan mungkin semakin murah. Tetapi pendapatan yang diperolehi Petronas juga akan banyak berkurangan sedangkan kerajaan pernah mendapat berbilion-bilion daripada Petronas.

“Persoalannya, adakah Petronas akan membayar kepada Kerajaan jumlah yang sama apabila 1bbl berharga US$130/-,”

Menurut beliau, pastinya tidak, dan keadaan itu semestinya memberi kesan kepada bajet 2015 kerajaan yang diumumkan ketika harga minyak adalah pada kadar USD110/- se tong.

Kata Mahathir, pengusaha ladang sawit dan getah tidak bersungut bahawa mereka tidak mendapat keuntungan, tetapi pastinya tidak sebanyak yang mereka pernah perolehi. Kerajaan membuat keputusan untuk membantu mereka dengan pemberian wang.

Tetapi, tambah beliau, apabila mereka tidak mendapat untung atau memperolehi kurang pendapatan, cukai yang dibayar mereka juga berkurangaan. Jadi pendapatan kerajaan sekali lagi menurun.

Tetapi, menurut Mahathir, sekarang kerajaan memberikan mereka wang, lalu bertanya, “bagaimana kerajaan boleh berbuat demikian tanpa mengurangkan peruntukan untuk keperluan dan kewajipan lain?”

Sehubungan itu, Mahathir menegaskan bahawa terdapat pelbagai kesan ke atas perniagaan dan orang awam.

Katanya, perniagaan mungkin atau mungkin juga, tidak mendapat faedah daripada kejatuhan harga petroleum. Mereka yang menguruskan industri pengangkutan seperti syarikat bas dan penerbangan mungkin mendapat faedahnya.

Menurut beliau,mereka yang terlibat dalam industri gas dan minyak akan menganggung kerugian memandangkan mereka telah melabur ketika harga minyak tinggi, dengan harapan dapat membayar pelbagai pinjaman daripada keuntungan produk-produk tersebut.

Dengan kejatuhan harga produk,tambahnya, mereka terpaksa menjual lebih banyak dalam pasaran yang lemah untuk mencukupkan wang bagi membayar segala pinjaman.

Selain itu, para kontraktor akan mendapati pembayaran ditangguhkan atau memohon supaya harga dikaji semula, malah sesetengah projek mungkin terpaksa dibatalkan.

Kejatuhan harga ringgit akan terkesan jika pembayaran pinjaman yang diambil dalam USD. Pada masa sama, harga import barangan mentah dan komponen akan meningkat,

Berkemungkinan, tambah beliau, akan ada tuntutan supaya menaikki gaji atau kaji semula kadar memandangkan kejatuhan ringgit. Ia akan menyebabkan berlakunya inflasi.

Keseluruhannya, kesan terburuk akan dirasai oleh mereka yang meminjam dalam USD atau terpaksa membayar untuk pembelian yang dibuat dalam USD.

Jelas sekali, orang ramai hendaklah menilai semula bajet masing-masing berikutan kejatuhan harga minyak dan barangan lain. Perbadanan dan kerajaan hendaklah menkaji semula dengan teliti akan kesan ke atas pendapatan dan kos menjalankan perniagaan.

“Mereka tidak boleh leka dengan keuntungan daripada kejatuhan harga minyak saja. Kehilangan pendapatan dan kenaikan kos import tidaklah terkecuali,” katanya.

Beliau mengingatkan bahawa, negara ini adalah pengeluar kecil minyak, iaitu kira-kira 650,000 barrel sehari.

LIHAT VIDEO DISINI

Tetapi, pada masa sama, rakyat negara ini juga banyak menggunakan minyak memandangkan penggunaan kenderaan kita adalah yang tertinggi di kalangan negara ASEAN berdasarkan penggunaan per kapita.

Bukanlah salah jika dikatakan bahawa sebarang keuntungan daripada harga minyak yang rendah akan diimbang dengan pengurangan pendapatan daripada gas dan minyak Petronas.

Namun, begitu juga keuntungan dalam sektor lain, semestinya ada kerugian di mana-mana. Apa yang penting, tegasnya, adalah untuk mengetahui sebanyak mana keuntungan berbanding kerugian.

“Dengan hanya mengandaikan kita kebal terhadap penurunan harga besar-besaran dan meluas hampir semua bahan mentah dan barangan yang kita hasilkan untuk kegunaan dan eksport, tidak mencerminkan pemahaman kita yang mendalam tentang masalah kita hadapi.

“Kita ialah sebuah negara perdagangan dan perubahan yang memberi kesan kepada pasaran dunia mesti sedikit sebanyak memberi kesan kepada kita,” tulisnya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: