NUFFNANG

Jumaat, Disember 05, 2014

KUCING BERBENTUK SEPERTI NAGA HIJAU

Sebuah salun haiwan di Rusia menimbulkan kemarahan kumpulan pencinta haiwan peliharaan apabila menawarkan perkhidmatan mengubah penampilan haiwan-haiwan berkenaan secara ekstrem termasuk menjadi 'Naga'.

SEEKOR kucing 'diubah' menyerupai naga oleh kakitangan salun di Yekaterinburg, Russia.
Salun di Yeka­terinburg, Russia itu boleh mengubah seekor kucing menyerupai seekor naga.

Pemilik salun itu, Daria Gotz berkata, mereka memotong bulu haiwan itu dan menggunakan pewarna untuk mendapatkan penampilan tersebut.

"Pewarna ini dibuat daripada ekstrak botani semula jadi dari Korea," katanya.

Menurut laporan, pewarna itu akan kekal pada bulu haiwan peliharaan selama beberapa bulan sebelum luntur.

Pertubuhan hak asasi haiwan, Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals United Kingdom berkata, haiwan tidak sepatutnya diwarnakan untuk alasan kosmetik.

"Tindakan itu boleh menyebabkan haiwan peliharaan maut. Proses mengubah penampilan itu juga boleh memberi tekanan kepada haiwan-haiwan terlibat," katanya.

Hmmm...macam-macam hal hobi makhluk yang bernama manusia ni.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: