Nuffnang Ads

Selasa, Disember 16, 2014

RAHSIA MENGHINDARI SEL KANSER

BERBICARA mengenai penyakit kanser atau barah, ia sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa gentar dan takut. Tiada manusia yang waras mahu penyakit ini menghampirinya.

Namun siapa mampu menolak jika ditakdirkan menghidapinya. Hanya tuhan yang mengetahui mengapa seseorang diuji dengan penyakit yang biasanya dikaitkan dengan kematian.
INILAH RUPA BENTUK SEL KANSER
Perubatan moden merupakan pilihan utama rawatan bagi kebanyakan orang yang menghidap kanser walaupun ada sesetengah pesakit memilih untuk berubat secara tradisional.

Pembedahan, kemoterapi dan radioterapi merupakan antara rawatan yang diterima oleh pesakit kanser.

Walaupun ketiga-tiga jenis rawatan itu kedengaran menakutkan, namun kesemuanya perlu dilalui dengan harapan sel kanser yang berada di dalam tubuh akan mati.

Dr. R. Subramaniam dari Hospital Pavitra Nature and Yoga di Coimbatore, di Tamil Nadu, selatan India berkata, masalah utama dalam kehidupan manusia ialah apabila mereka menghidapi sesuatu penyakit yang sudah tentunya mencetuskan ketidakselesaan.

Namun beliau percaya, ia bukan sesuatu yang perlu sentiasa dibimbangi kerana setiap penyakit ada ubatnya.

"Sebenarnya alam semula jadi dapat memberikan kita apa sahaja yang kita kehendaki. Jika kita berbalik kepada alam, kita tidak memerlukan ubat kerana semuanya terdapat di sekeliling kita," katanya yang terkenal dengan kaedah rawatan penyakit kronik melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berasal dari daerah Coimbatore, Dr. Subramanian telah 30 tahun mengamalkan kaedah rawatan tersebut bagi merawat pesakit-pesakit kanser di hospitalnya.

Menurut beliau, setiap hari, sebanyak 0.8 peratus sel baru tumbuh dalam tubuh manusia.

Jumlah tersebut lebih tinggi bagi kanak-kanak kerana faktor usia yang muda dan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat.

"Jika difikirkan, kehidupan kita sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa sehinggakan apabila makan pun kita tidak mengunyah dengan betul.

TIPS MENGHINDARI KANSER :

1- Makanan seharusnya dikunyah perlahan-lahan seperti kanak-kanak yang sedang makan dan nikmati rasa makanan yang kita makan.

2- Makanan yang dikunyah dengan betul dan bercampur dengan air liur akan dicerna baik dan diproses menjadi darah yang elok dalam tubuh kita.

3- Makan apabila perlu dan apabila lapar.

4- Jika tidak lapar, jangan makan. Ikut tabiat kanak-kanak. Mereka tidak akan makan jika tidak lapar walaupun ibu bapa memaksa. Itu adalah cara yang betul. Jika hendak makan, ambil sedikit sahaja.

5-Bernafas dengan betul dan bersenam akan membuatkan kita lebih bertenaga. Amalkan kehidupan yang gembira dan jangan lemah.

Dr. Subramaniam menjelaskan, kanser merupakan sel mati yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia.
SEL MATI
Setiap hari tubuh kita mengeluarkan sel-sel mati melalui pembuangan air besar dan peluh.
SEL MATI YANG TIDAK DIBUANG AKAN MENJADI SEL KANSER
Bagaimanapun jika tidak dibuang dengan cara yang betul, sel mati yang tidak diperlukan ini akan berkumpul dalam badan dan menjadi sel kanser.

Apabila melihat tips-tips di atas penulis ingin bertanya adakah kita orang islam mempraktikkannya ??? walhal ajaran dan panduan ini telah diwariskan kepada kita sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: