NUFFNANG

Jumaat, Disember 05, 2014

VIDEO: INTI harumkan nama negara di Sepanyol

PASUKAN Robotik INTI yang berjaya meraih Anugerah Laureate dalam Pertandingan Kejuruteraan Robotik di Sepanyol, baru-baru ini.
PASUKAN Robotik INTI International College Pulau Pinang berjaya mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Juara Anugerah Laureate dalam Kejuruteraan Robotik yang berlangsung di Sepanyol, sekali gus mengharumkan nama negara, baru-baru ini.

Pelajar INTI  berjaya menewaskan pasukan hebat dari negara maju yang lain
Pasukan bertuah itu telah diwakili oleh empat pelajar iaitu Toh Yi Feng, Kok Kah Seng, Chung Soon Zhi dan Lee Joo Han. Mereka berjaya menewaskan pasukan hebat lain dari institusi pengajian tinggi antarabangsa seperti Eropah, Amerika, Australia dan negara-negara Asia yang lain.
Robot ciptaan pelajar INTI berjaya menambat hati juri
Dalam pertandingan akhir itu, hasil ciptaan mereka dikenali sebagai Komputer Robotik Rlektro-Mekanikal yang dipertandingkan berjaya menarik perhatian para juri serta pengunjung yang diadakan di dewan pameran di Universidad Europea de Madrid (UEM), Sepanyol.

LIHAT VIDEO

Apa yang menariknya, kelebihan robot INTI ini adalah ia menggunakan sistem teknologi penentu arah dan kedudukan yang dapat memberi maklumat informasi melalui kaedah komunikasi dua hala dengan para pengunjung.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi INTI, Bryan Choo berkata, peluang pasukan untuk mempamerkan produk inovasi hasil ciptaan pelajar kejuruteraan elektrik dan elektronik ini membuktikan komitmen dan keseriusan INTI dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang sains dan teknologi.

"Mereka telah berjaya mengharumkan nama INTI dan negara dengan pencapaian ini. Ia membuktikan bahawa Malaysia tidak pernah ketandusan bakat-bakat dalam bidang sains seperti jurutera dan saintis yang dapat membantu negara membangunkan pelbagai teknologi hebatnya sendiri.

"Secara tidak langsung, ini juga merupakan kejayaan berterusan yang diraih INTI. Sebelum ini, kolej ini telah berjaya meraih kejayaan dalam pertandingan perisian sistem terbenam antara universiti di kejohanan MOTO Innocup, dan berjaya merangkul Anugerah Usahawan Muda Sedunia untuk golongan usahawan muda dan bakal usahawan," katanya.

Sementara itu, dengan kemenangan tersebut, pasukan INTI terpilih untuk menyertai Persidangan Kepimpinan Laureate 2014 di Washington D.C di Amerika Syarikat pada bulan ini.

JOM SAMBUNG BELAJAR DI INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY COLLEGES

Inti college merupakan college yang tak perlu diperkenalkan lagi...kehebatan college ini melahirkan pelajar yang cemerlang dan mampu menempatkan diri dalam sektor pekerjaan sekarang menyebabkan ramai student memilih untuk menyambung pembelajaran disana..

Kolej ini ada link dengan Laureate International Universities, Rangkaian Laureate adalah rangkaian terbesar dan paling cepat berkembang global universiti swasta. sebelum ini bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton pernah menjadi sebagai Canselor Kehormat itu. Ini bermakna bahawa INTI menawarkan pelajar pendidikan bertaraf dunia.

INTI juga memberikan pengalaman belajar yang luar biasa kepada para mahasiswa di dalam dan di luar kelas. Klik sini untuk keterangan lanjut tentang INTI.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: