NUFFNANG

Ahad, Disember 07, 2014

VIDEO: KETAHUI DOA AGAR DAPAT TIDUR MALAM

Menurut hadis riwayat Ibnu Sunni, Zaid bin Thabit r.a yang mengalami masalah sukar untuk tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat beramal dengan doa yang diajar oleh Nabi SAW itu.

Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan Ibnu al-Sunni daripada Hajjaj bin Imran al-Sadusiy, daripada Amru bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah, daripada Thaur bin Yazid, daripada Khalid bin Maadan, daripada Abdul Malik bin marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya, lalu baginda SAW mengajarnya doa ini.

Doa Mudah Tidur :


MAKSUDNYA: Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau Maha Berkuasa, Wahai Yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.(riwayat al-Tabrani dan Ibnu Sunni no 749 tahqiq Ahmad Tahir)

Cara dan amalannya:

Doa ini boleh dibacakan kepada pesakit dan air. Caranya ialah dengan meletakkan tangan kanan pada dahi pesakit semasa membaca doa, lalu tiup kedua-dua belah matanya. Air yang telah dibacakan doa itu tadi boleh digunakan untuk minum dan mandi. (rujuk buku karangan Prof. Dr. Harun Din, Doa & Rawatan Pesakit, bab masalah tidak dapat tidur malam)

Berfikir positif terhadap tidur itu sendiri:

Kajian yang dilakukan di Madical School, University of Athens menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengah hari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30 peratus.

Biasakan tidur mengikut jadual:

Buat satu peraturan yang tetap, contohnya tidur di tempat yang sama, biasakan menutup televisyen, telefon, gosok gigi dan lain-lain. (dicadangkan supaya melakukan adab-adab yang dianjurkan dalam Islam sebelum tidur.)

Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang tetapi tidak menghilangkan rasa penat.

Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar anda dapat tidur yang lebih berkualiti. Kurangkan minum air sebelum tidur malam yang boleh mengganggu tidur.

Bangun tidur dengan beransur-ansur, tarik dan hembus nafas.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: