NUFFNANG

Sabtu, Disember 27, 2014

VIDEO SAAT-SAAT CEMAS BOT TENTERA YANG MEMBAWA ORANG AWAM TERBALIK

Keadaan bot tentera yang terbalik
VIDEO kejadian bot penyelamat mangsa banjir terbalik di Gua Musang semalam di rakam. Bot askar yang memberi bantuan membawa wanita dan kanak-kanak terbalik di hempas arus deras dan menyebabkan semua mangsa dan anggota penyelamat terhumban.


LIHAT VIDEO DISINI

Kota Bharu Sebelas mangsa banjir dan dua anggota tentera yang berdepan detik mencemaskan selepas bot dinaiki terbalik di Kampung Baru Hilir, Gua Musang, 3 petang tadi, selamat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Kelantan Azhar Mohamad Yusof selepas berita mengenai kejadian berkenaan tersebar di laman sosial.

Beliau berkata, daripada 11 mangsa, seorang daripadanya kanak-kanak berusia antara tiga hingga empat tahun.

"Ketika kejadian hanya kanak-kanak itu tidak memakai jaket keselamatan dan duduk di atas pangkuan ibunya, yang lain semuanya pakai jaket keselamatan.

"Mereka berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas anggota keselamatan," katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Azhar berkata, kira-kira setengah jam kemudian bantuan menyelamat lain tiba dan semua mangsa dibawa ke pusat pemindahan sementara di SMK Tengku Indra Petra 1.

Difahamkan, bot terbalik akibat arus deras dan enjin bot dipercayai hilang.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: