NUFFNANG

Selasa, Januari 06, 2015

GELI NAJIS TIKUS BERTABURAN DI KILANG BEBOLA IKAN DI GEORGE TOWN

GEORGE TOWN: Sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong di sini diarah tutup kerana berpoperasi dalam keadaan kotor.

Pegawai-pegawai Jabatan Kesihatan negeri meneliti kawasan kilang bebola ikan yang kotor semasa membuat pemeriksaan terhadap kilang berkenaan di Jalan Paya Terubong.
Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut berkata dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja menggaul isi ikan tanpa memakai sarung tangan.
Najis tikus bersepah-sepah di dalam premis geli dan membahayakan kesihatan
Periuk berkarat yang masih lagi di gunakan...yang penting keuntungan
"Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan," katanya kepada pemberita.
Berbaloikah kena tutup 14 hari ?
Beliau berkata premis itu diarah tutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.
Masihkah ada selera makan Fish Ball ?
MPPP turut mengeluarkan enam saman bernilai RM750 terhadap pengusahanya atas pelbagai kesalahan antaranya menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: