NUFFNANG

Selasa, Januari 06, 2015

KORANG TAU TAK ORANG POSITIF PANJANG UMUR

Mereka yang mudah tersenyum mempunyai jangka hayat tujuh tahun lebih panjang berbanding mereka yang langsung tidak mempamerkan senyuman
Anggaplah apa sahaja pengalaman buruk yang menimpa adalah ujian untuk kita menjadi manusia yang lebih tabah dan cekal dalam menghadapi masa depan. Persoalannya, mengapakah kegembiraan dan sentiasa bersikap positif itu penting?

Majoriti kajian psikologi setakat ini menunjukkan orang yang positif mempunyai kesihatan yang lebih baik dan panjang umur. Ia bukan kisah dongeng tetapi fakta ini dibuktikan dengan beberapa kajian. Terdapat satu kajian yang dilakukan ke atas pemain besbol profesional.
Lihat wajah pemain besbol yang panjang umur ini kelihatan ceria
Mereka menganalisis 196 foto pemain yang diambil pada tahun 1952. Kajian menunjukkan majoriti pemain yang masih hidup pada tahun 2009 kebanyakannya menampilkan senyuman dan bersifat positif.

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mudah tersenyum mempunyai jangka hayat tujuh tahun lebih panjang berbanding mereka yang langsung tidak mempamerkan senyuman.

Kajian lain dilakukan kepada lebih 4,000 subjek di Carolina Utara, Amerika Syarikat pada tahun 1994. Sedekad kemudian, kajian mendapati subjek yang sama pada waktu itu berusia sekitar 65 ke 105 tahun. Kebanyakan yang masih hidup adalah mereka yang mempunyai perasaan positif ketika dikaji sedekad sebelumnya.

Sebaliknya, mereka yang hidupnya berduka kebanyakannya telah meninggal dunia.

Satu kajian yang lain pula mendapati, mereka yang pesimis berkemungkinan besar jangka hayat mereka pendek. Pada tahun 2006, satu kajian telah dilakukan terhadap sekumpulan subjek yang merupakan sebahagian daripada sejumlah 4,989 pelajar universiti yang pernah mengikuti kajian sekitar tahun 1964 hingga 1966.

Selepas lebih empat dekad, mereka yang optimis masih kekal hidup. Sebaliknya, mereka yang pesimis kebanyakannya sudah meninggal dunia. Kegembiraan tidak hanya memberikan bayangan bahawa umur seseorang lebih panjang, kajian-kajian juga menunjukkan mereka lebih sihat, mempunyai rumah tangga yang bahagia dan disukai ramai orang.

Sebab itulah, sekalipun kita ditimpa musibah, malah ada yang berkali-kali ditimpa musibah, janganlah cepat rasa kecewa. Sentiasa bersikap positif dan terus bergembira dengan kehidupan kerana ia mampu untuk memberikan kita sesuatu yang lebih baik.

Rahsia

Mungkin inilah yang menjadi rahsia orang-orang tua kita dahulu. Walaupun secara relatifnya dianggap sebagai orang miskin dan hanya bekerja sebagai penoreh atau pekebun tetapi umur mereka jauh lebih panjang dan kekal sihat. Mereka mungkin tidak memiliki banglo mewah atau kereta besar.

Ironinya, mereka juga mungkin tidak pernah mencari kegembiraan dengan melancong atau berhibur di kelab malam seperti yang dilakukan oleh manusia moden hari ini

Sebaliknya, mereka mungkin lebih gembira dengan apa yang mereka miliki sedangkan manusia moden yang mungkin memiliki segala-galanya mungkin tidak sebahagia mereka.

Pada akhirnya, kebahagiaan dan duka lara itu ialah sejauh mana kita mentafsirkan sesuatu ujian yang menimpa diri. Ada orang yang diuji dengan ujian yang kecil sahaja tetapi mereka telah melihatnya sebagai musibah yang sangat besar.

Ada pula walaupun diuji dengan bebanan yang sangat besar tetapi mereka reda dan melihatnya sebagai sebahagian daripada hakikat kehidupan manusia. Semua inilah yang menjadikan kita sama ada menjadi manusia yang bahagia atau tidak.

Tahun 2015 mungkin boleh membuka lembaran baharu untuk kita semua menjadi manusia yang lebih berjaya. Sekiranya kita ditimpa masalah, janganlah dianggap ia sebagai satu beban. Sebaliknya, anggaplah ia sebagai satu ‘isu’.

Isu boleh diselesaikan, sedangkan masalah akan menjadikan ia semakin rumit. Sekiranya kita ditimpa musibah, jangan dianggap ia sebagai hukuman. Anggaplah ia sebagai cabaran. Cabaran adalah sesuatu yang boleh ditangani, sedangkan hukuman hanya menjadikan kita selalu menyalahkan diri sendiri.

Semua ini mungkin membantu kita menjadi manusia yang lebih bergembira dan berbahagia. Lupakanlah kegagalan yang telah kita lakukan. Mulakan hidup baharu sebagai manusia baharu.

INFO TAMBAHAN :

Petua-petua yang boleh diamalkan untuk panjang umur dan sentiasa sehat :
YA'ACOB menunjukkan kad pengenalannya yang tertera tarikh lahir 2 september 1914 namun mendakwa dilahirkan lebih awal sebelum itu sambil diperhatikan isterinya, Che Gayah di Rantau Panjang, Kelantan.
Dari keratan akhbar...
1.  Membaca Surah al-Fatihah sebanyak 313 kali setiap hari Selasa.
2.   Berselawat sebanyak 770 kali pada setiap hari ke-14 bulan Hijrah.
3.  Sentiasa membaca al Quran pada waktu malam dan selepas Solat Subuh.
4.  Memperbanyakkan makan ulam-ulaman serta sayur-sayuran tanaman sendiri.
5.  Mengamalkan tidak minum air semasa dan sejurus selepas makan.
6.  Hanya minum kira-kira sejam selepas makan.
7.  Melakukan rutin harian dengan bercucuk tanam pelbagai jenis herba.


Wallahu A’alam Bissowab


Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: