Nuffnang Ads

Rabu, Januari 14, 2015

PENYIASAT KOTAK HITAM PESAWAT #QZ8501 SEBAK DENGAR KAPTEN IRIANTO BERKATA 'ALLAHUAKBAR'

Penyiasat kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas baru-baru ini mendedahkan kata-kata terakhir Kapten Irianto.

Kotak Hitam  PESAWAT #QZ8501
Menurut Nurcahyo Utomo dan Pasukan Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) berkata, ayat terakhir adalah الله أكبر ‘Allahu Akbar’ sebelum terputus hubungan.

Dalam masa sama Nurcahyo mengakui sebak ketika menjalankan siasatan kotak hitam itu yang boleh mengganggu kekuatan mental.

URGENT: AirAsia QZ 8501 Black Box Voice Record (Raw Record)


“Mendengar rakaman kotak hitam sesebuah pesawat bukanlah seperti mendengar muzik atau perbincangan lain.

“Ia sangat sukar untuk mendengar kata-kata seorang yang dikenali, malah dia telah mengajar saya bagaimana untuk menerbangkan pesawat ketika bersama dalam pasukan Angkatan Tentera Indonesia,” jelasnya dalam kenyataan yang dipetik dari Tribune.news.com pada Rabu.

Katanya juga, percakapan terakhir itu jugalah yang akan membawa kepada punca pesawat itu terhempas. “Daripada percakapan juruterbang dan pembantu juruterbang itu kami dapat mengetahui apa sebenarnya yang akan terjadi,” tambahnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: