Nuffnang Ads

Selasa, Mac 31, 2015

MENAKUTKAN!Radiasi telefon bimbit sebabkan ketumbuhan!

Seorang ahli perniagaan Itali, Innocente Marcolini, 60, telah mengalami lumpuh sebelah wajah selepas menggunakan telefon bimbit sehingga enam jam sehari sepanjang tempoh 12 tahun. Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Itali telah memutuskan bahawa terdapat kaitan penyebab antara masalah kesihatan yang dialaminya dengan penggunaan telefon bimbit. Berita gempar ini yang tidak mendapat perhatian media tempatan telah disiarkan oleh pelbagai media utama dunia pada 19 November 2012.

Ahli perniagaan Itali, Innocente Marcolini, 60 tahun
Marcolini biasa menggunakan telefon bimbit semasa berurusan dengan pelanggan di China dan di tempat lain di luar negara. Pakar Onkologi telah mendapati Marcolini mengalami ketumbuhan pada saraf trigeminal. Ketumbuhan yang dikenali sebagai neurinoma itu didapati bukan ketumbuhan kategori kanser (malignan).

Peguam Marcolini menyatakan bahawa Marcolini memerlukan pembedahan dan ketumbuhan tersebut telah menjejaskan kualiti hidupnya. Beberapa pakar telah dipanggil oleh peguam Marcolini bagi memberikan hujah dalam mahkamah bahawa penggunaan telefon bimbit secara berlebihan meningkatkan risiko ketumbuhan otak.

Kes penting
Landmark ruling: Italy's Supreme Court in Rome found there was a 'causal link' between Mr Marcolini's phone use and his brain tumour - opening the doors for other legal claims
Kes ini merupakan pertama kali sebuah mahkamah tinggi memutuskan bahawa penggunaan telefon bimbit atau telefon tidak berwayar (telefon rumah atau pejabat) dikaitkan secara terus sebagai penyebab ketumbuhan otak. Ia juga memperkuat pandangan ramai saintis yang telah melaungkan bahaya radiasi telefon.

Dua pakar yang telah memberikan keterangan semasa kes sebutan Marcolini belangsung. Dr Angelo Gino Levis iaitu pakar Onkologi (pakar kanser) yang juga profesor bidang mutasi berpunca dari alam sekitar (environmental mutagenesis) bersama seorang pakar bedah saraf iaitu Dr Guiseppe Grasso menunjukkan bukti bahawa radiasi elektromagnet yang dipancarkan oleh telefon bimbit atau telefon tidak berwayar berupaya merosakkan sel.

Ketika ditemu ramah Marcolini menjelaskan, keputusan mahkamah tersebut sangat penting untuk orang lain. Beliau mahu agar masalah yang dihadapinya diketahui oleh orang ramai kerana menurutnya ramai yang masih tidak tahu risiko penggunaan telefon bimbit.

Ketumbuhan yang dialami Marcolini terbentuk pada bahagian kepala di mana Marcolini biasa melekapkan telefon ke telinga. Bukan setakat lumpuh wajah sebelah kiri namun beliau juga mengalami kesakitan bukan kepalang. Keadaan tersebut menyebabkan beliau terpaksa mengambil morfin setiap hari untuk meredakan kesakitan. Beliau terdedah dengan risiko kematian kerana ketumbuhan yang dialami didapati telah merebak ke arteri karotid secara perlahan-lahan. Arteri karotid ialah arteri utama yang membekalkan darah ke otak.

Pada 31 Mei 2011, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah memutuskan bahawa telefon bimbit sebagai ‘bahan karsinogen untuk manusia’ (possible human carcinogen). Telefon bimbit telah disenarai dalam Kelas 2B senarai bahan karsinogen. Karsinogen ialah bahan yang dapat membentuk kanser.

Telefon bimbit dan telefon tidak berwayar (yang biasa digunakan di rumah dan pejabat) memancarkan radiasi elektromagnet yang tidak mengionisasi. Ionisasi ialah pembentukan atau pemisahan ion yang dilakukan oleh haba, penyahan caj elektrik, radiasi atau tindak balas kimia. Pancaran radiasi yang rendah menyebabkan ramai saintis percaya telefon bimbit tidak menjejaskan kesihatan manusia dan sukar untuk dikaitkan dengan pembentukan kanser.

Pelbagai kajian sains pada masa lalu telah menunjukkan keputusan yang berbeza. Namun beberapa kajian terkini yang melibatkan pendedahan jangka panjang (10 tahun atau lebih) secara jelas mendapati kewujudan kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan beberapa jenis kanser.

DNA putus

Dr Lai dan Singh dari University of Washington (Mobile Phones and Health Symposium, 1998) yang didedahkan kepada radiasi telefon bimbit telah mengalami kerosakan DNA termasuk helaian DNA (DNA strands) putus. Mereka berdua juga menunjukkan bukti dari pelbagai kajian bahawa helaian DNA putus akibat dedahan kepada radiasi telefon bimbit pada paras radiasi lebih rendah dari paras piawaian persekutuan (Amerika Syarikat).

Penemuan mereka serupa seperti yang dijangka oleh Dr Andrew Goldsworthy dalam artikelnya The Biological Effects of Weak Electromagnetic Fields (2007) iaitu radiasi elektromagnet yang rendah menyebabkan membran sel membebaskan kalsium.

Kalsium adalah unsur penting untuk penstabilan fosfolipid yang menjadi sebahagian dari bahan struktur membran sel. Kekurangannya pada membran sel dikatakan menyebabkan kebocoran sel. Ia menyebabkan lisosom (lysosome, kilang dalam sel yang memproses bahan buangan) memuntahkan sejenis enzim dikenali sebagai DNAase yang akan merosakkan DNA!

Pesuruhjaya Eropah (European Commission) dalam brosurnya berjudul Health and Magnetic Field menunjukkan kajian makmal terhadap sel manusia yang didedahkan pada isyarat bimbit selama 24 jam didapati menyebabkan DNA putus. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kajian ini sila layari sub-judul The Reflect Project di HYPERLINK: http://ec.europa.eu/health/archive/ph_determinants/environment/emf/brochure_en.pdf

Kesan sinar gamma

Fenomena ini serupa keadaannya dengan sel yang terdedah kepada bahan radioaktif yang memancar sinar gamma. Sinar gamma juga dikatakan menyebabkan kebocoran sel. Penyelidik The Refelct Project juga menemui bukti bahawa sel tertentu yang didedahkan kepada radiasi menyerupai radiasi telefon bimbit tersebut mengalami kesan dalam bentuk ekspresi gen dan beberapa jenis protein yang bertanggungjawab terhadap pembahagian sel, penambahan bilangan sel dan proses diferensiasi sel.

Dr Martin Blank, PhD, telah menyampaikan syarahan yang cukup bermakna pada 18 November 2010 dalam program Commonwealth Club of California. Dalam syarahan tersebut beliau menjelaskan mengapa DNA mudah dipengaruhi (dirosakkan) oleh semua jenis medan magnet.

Seperti dijelaskan dalam International Journal of Radiation Biology (April 2011), DNA terdiri dari dua buah struktur yang bersifat antena, pengalir elektrik dan simetri diri sendiri (self symetry). Apa maksudnya? Sifat DNA sebagai antena dan pengalir caj elektrik yang lebih reaktif terhadap medan magnet berbanding komponen tisu tubuh lain sepatutnya diberi perhatian penuh oleh saintis dan pengikut jenis ‘angguk dan geleng’. Ia kerana kesan pendedahan jangka panjang dipercayai dapat menjejaskan kesihatan manusia terutama seperti terlibat dalam pembentukan beberapa jenis kanser.

Dr Blank menyatakan bahawa terdapat bukti radiasi telefon bimbit adalah berbahaya dan bahaya yang dicetuskannya adalah amat ketara. Beliau juga menjelaskan bahawa bukti sains menunjukkan keburukan radiasi telefon bimbit telah disemak dan diterbitkan. Kajian yang telah berjaya diulang semula, dinilai dan dipertimbangkan oleh saintis yang memang berkelayakan untuk mempertimbangkannya.

Kegilaan menggunakan telefon bimbit semakin menjadi-jadi kerana caj untuk perbualan boleh dikatakan murah, terutama kepada golongan pendapatan sederhana dan ke atas. Namun risiko meningkatkan kanser dikatakan sama atau lebih tinggi daripada aktiviti menghisap rokok. Jika anda mengalami ketumbuhan di bahagian kepala di mana telefon bimbit sering dilekapkan dan anda mengadu kepada syarikat pengeluar telefon bimbit, adakah anda fikir mereka peduli?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: