Nuffnang Ads

Jumaat, Mac 20, 2015

VIDEO: Viral.. Aksi Gadis Melayu Bertudung Sedut Dadah

VIRAL.. video aksi seorang gadis Melayu bertudung dipercayai sedang menyedut sesuatu melalui hidungnya yang dipercayai dadah sama ada jenis ketamin atau kokain, kini tersebar luas di media sosial Facebook sekaligus mendapat perhatian netizen.

Pelbagai reaksi yang cenderung kepada komen negatif diterima, maklumlah gaya dah sopan dengan bertudung tapi buat benda tak senonoh pula.

Ramai mendakwa, pasti gadis ini terpengaruh dengan teman lelakinya. Sayang sekali, raut wajah dah manis dan comel tapi… hampeh.

Inilah anak-anak zaman sekarang, jangan disalahkan ibu yang mengandung tapi salahkan diri bila iman tak teguh.

Tak tahulah bagaimana gadis ini boleh terjebak tetapi peluang untuk berubah sentiasa ada buat mereka yang benar-benar mahu bertaubat.

Mungkin dengan tersebarnya rakaman ini maka pihak yang mengenali gadis ini dapat menariknya agar kembali semula ke pangkal jalan.

LIHAT VIDEO
- MYNEWSHUB.CC

Kokain : Polis akan siasat kesahihan video

Video seorang gadis bertudung yang dikatakan menghisap kokain menjadi viral di media sosial. Sumber video berdurasi tujuh saat itu masih belum dapat dipastikan. Dalam reaksi segera kepada Astro AWANI, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, kesahihan video tersebut akan disiasat terlebih dahulu.

LIHAT VIDEO

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: