NUFFNANG

Rabu, April 29, 2015

Ketahui'Sakitnya Tuh Di Sini' kisah janda usia 18

Cita Citata semakin popular di Malaysia. Klip vidoenya ditonton lebih 42 juta orang.
Penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini iaitu Cita Citata rupa-rupanya seorang janda muda yang hanya melalui bahagia perkahwinan selama sebulan akibat ditinggalkan suami.

Cita atau nama sebenarnya Cita Rahayu, 21, berkata, dia sebelum ini tidak bercakap secara terbuka mengenai statusnya itu kerana ia tidak pernah ditanya oleh pihak media di negaranya, Indonesia.

"Apabila ditanya adakah saya sudah mempunyai teman lelaki sudah tentu saya jawab tidak.

"Soalan sama ada saya solo atau pun sudah berkahwin tidak pernah ditanya namun sekiranya ada pertanyaan, pasti saya akan jawab dengan jujur,  saya seorang janda," katanya.

Penyanyi itu ditemui pada majlis pelancaran single Sakitnya Tuh Disini nyanyiannya di Hotel Royale Chulan.

Video Ketahui'Sakitnya Tuh Di Sini' kisah janda usia 18

Dalam pada itu, Cita memberitahu perkahwinannya dengan bekas suami itu terbongkar selepas lelaki berkenaan muncul memberi kenyataan kepada media meskipun sudah menghilangkan diri hampir tiga tahun.

"Saya berkahwin pada usia 18 tahun dan rumah tangga kami bertahan selama sebulan sebelum dia menghilangkan diri.

"Dia langsung tidak pernah menghubungi saya sejak itu untuk menyelesaikan kes perceraian kami di mahkamah syariah sehinggalah dia tiba-tiba muncul membuat kenyataan kepada pihak media tentang perkahwinan kami," jelasnya.

Pun begitu dia menganggap kemunculan semula bekas suaminya itu sebagai rahmat kerana perceraian mereka akhirnya dapat disahkan oleh mahkamah.

"Saya tidak pernah menyesal berkahwin muda dan diceraikan kerana kejadian itu meninggalkan banyak hikmah kepada saya terutamanya tentang karier saya.

"Jika bukan kerana diceraikan saya tidak dapat kekuatan untuk berhijrah ke Jakarta dan berada pada tahap sekarang," ujarnya.

Sementara itu, Cita berkata, dia pada awalnya tidak pernah berhasrat untuk bergelar selebriti kerana menyanyi dilakukan  semata-mata demi mencari wang untuk menyara hidup.

Malah dia juga tidak menyangka lagu Sakitnya Tuh Disini bukan sahaja mendapat sambutan di negaranya tetapi juga serantau termasuk Malaysia.

"Saya pernah menyanyikan pelbagai lagu termasuk berentak jaz namun akhirnya memilih dangdut untuk diketengahkan.

"Alhamdulillah ia berhasil dan mendapat sambutan cukup luar biasa  biarpun tidak sampai setahun muncul sebagai penganyi profesional," kata Cita.

Tambahnya, walaupun persaingan dalam genre itu cukup sengit di Indonesia namun dia bersyukur kelainan muzik dangdut yang disifatkan lebih moden diterima baik peminat.

"Saya mahu membuktikan dangdut bukan muzik kampung dan mampu diterima tanpa perlu beraksi ghairah dan berpakain seksi," katanya.

Selain sedang menyiapkan album sulungnya yang dijangka dipasarkan pada penghujung tahun ini, Cita bakal mengadakan dua mini konsert di Malaysia pada Mei depan.
Cita Citata...Sakitnya tuh disini...
Kata wanita berasal dari Bandung ini, dia akan menghiburkan peminat di Plaza Angsana Johor Bahru pada 9 Mei dan Menara KL pada 10 Mei depan.

"Saya cukup teruja untuk mengadakan persembahan sulung di negara ini kerana mendapat pertanyaan tidak henti-henti daripada peminat berhubung perkara itu," katanya.

Tiket untuk menyaksikan persembahan itu dijual pada harga RM40 dan ia boleh dibeli di pintu masuk konsert pada hari acara berlangsung.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: