Nuffnang Ads

Ahad, April 12, 2015

Video: Cara pelik remaja Beijing hadapi tekanan

Stress pasal GST...boleh la buat macam ni...
PADA zaman serba moden ini, terdapat banyak cara atau kaedah dilakukan oleh sesetengah individu atau komuniti bagi melawan masalah tekanan emosi dan rasa sunyi dalam diri mereka. Apa yang lebih mengejutkan, ada antara mereka yang melakukan cara yang agak pelik untuk menghindari masalah tersebut.


Sekumpulan remaja di China sering kelihatan berjalan sambil menarik sayur kubis bagi mengatasi tekanan dan depresi yang dihadapi mereka.


Menurut laman web tersebut, beberapa imej dirakam menunjukkan remaja tersebut menarik kubis sambil berjalan di Beijing.


Pakar psikiatri di Universiti Beijing, Wen Chao, memberitahu amalan pelik tersebut bukanlah satu trend baharu yang dilakukan remaja di negara tersebut, tetapi ia adalah salah satu tindakan yang dipercayai boleh menjadi medium untuk menyalurkan tekanan emosi yang dialami mereka.


Penjelasan kukuh tentang saling kaitan tindakan tersebut dengan terapi fikiran tidak dapat dipastikan, tetapi Han Bing mengakui beliau telah melakukannya hampir 14 tahun dan menegaskan berjaya menyalurkan tenaga negatif melaluinya.

Kobis...makanan ruji golongan miskin di China
“Sayur kubis adalah simbol kesyukuran dan rezeki oleh sesetengah masyarakat di Beijing. Sayur tersebut adalah antara makanan ruji golongan miskin,” katanya.

Ramai yang mengakui tindakan mereka  dalam perbuatan pelik itu adalah kerana ingin cuba menyalurkan rasa sunyi dan kemurungan yang dialami.
Gilo ko apo budak ni heret kobis...
Tindakan tersebut mengejutkan ramai orang tetapi bagi Lui Ja Chen, 17, acara menarik kubis sambil berjalan adalah satu kaedah terapi yang membantunya untuk pulih daripada depresi.

“Segala perspektif dan tenaga negatif dapat disalurkan kepada kubis itu. Dengan berjalan bersama sayur tersebut, saya rasa lebih tenang.
Han Bing, ‘Walking the Cabbage’ series, 2000-2008.
“Ia seperti membawa haiwan peliharaan bersiar-siar. Apa yang membezakan ia tidak mengeluarkan bunyi atau menyalak seperti anjing dan tidak perlu diberi makan,” ujarnya. 

Video: Cara pelik remaja Beijing hadapi tekanan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: