Nuffnang Ads

Ahad, April 12, 2015

Video: Cara pelik untuk ubati kanser

Berani: Jia Binhui, yang tidak mampu membiayai rawatan hospital, berharap rawatan  ciptaan beliau  mampu melawan penyakitnya
Seorang lelaki di negara China yang menghidap penyakit leukemia mengambil keputusan memanggang dirinya sendiri sebagai kaedah alternatif merawat penyakit berkenaan.

Untuk menyalakan api Jia Binhui mengumpul habuk kayu dan ranting...
Jia Binhui, 25, mengambil keputusan memanggang tubuhnya di atas bara api kerana tidak mampu membayar kos perubatan yang mahal di hospital.

Beliau berharap suhu melebihi 42C akan mampu menyembuhkan kanser beliau
Beberapa pakar perubatan memberitahu Binhui, suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser di dalam tubuhnya.

Binhui membina satu pemanggang khas di belakang rumahnya supaya dia boleh menjalani rawatan berkenaan pada setiap hari
Binhui membina satu pemanggang khas di belakang rumahnya supaya dia boleh menjalani rawatan berkenaan pada setiap hari.
Bersama isteri yang setia menemaninya walaupun tahu suaminya menghidap penyakit kanser...
Dia disahkan menghidap leukemia pada 2013 dan telah menghabiskan semua wangnya menjalani pemindahan sumsum tulang.

Bagaimanapun, Binhui yang bekerja sebagai petani tiada wang untuk menjalani rawatan susulan di hospital.
Di sinilah beliau setiap hari memangganag dirinya...
“Saya mendapat idea untuk menjalani rawatan ini selepas doktor memberitahu saya bahawa suhu melebihi 42 darjah Celsius boleh membunuh sel kanser.

“Saya berharap rawatan ini berjaya dan saya tidak akan berputus asa,” katanya.
Menurutnya, pada setiap pagi dia mencari kayu dan ranting di ladang berhampiran sebelum dibakar di bawah dua batang kayu besar.

Usaha terdesak: Beliau berharap bara panas mampu menyembuhkan sel-sel leukemia selepas kehabisan wang untuk rawatan hospital
Apabila api itu tinggal bara dia akan berbaring di atas dua batang kayu berkenaan selama mana yang dia boleh bertahan.

“Saya merancang untuk menjalani rawatan ini selama beberapa bulan lagi sebelum pergi semula ke hospital bagi melihat sama ada keadaan saya semakin baik atau tidak,” jelasnya.

Takdir: Jia berkahwin dengan teman wanitanya bulan lalu dan enggan menyerah walaupun tidak mampu untuk membiayai rawatan kanser
Semoga beliau boleh sembuh dengan cara yang agak menyeksakan ini...selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita perlu berikthiar dan berusaha.

Video: Cara pelik untuk ubati kanser

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: