NUFFNANG

Rabu, April 01, 2015

VIDEO: Masya Allah... Jenazah jatuh dari keranda semasa diusung ke tanah perkuburan

Kejadian hanya disebutkan terjadi di Indonesia, tapi tidak disebutkan di mana dan bila terjadinya mahupun jenazah siapa... 
KEJADIAN yang sangat mengejutkan ini terjadi semasa beberapa orang penduduk kampung sedang mengusung keranda berisi jenazah menuju ketanah perkuburan...tetapi apa yang peliknya mereka tidak menyedari bahawa jenazah yang dibungkus kain kafan itu telah terjatuh dari keranda.

Dalam rakaman video yang di muatnaik oleh media terkemuka di Amerika, MailOnline kejadian terjadi di Indonesia, tetapi tidak disebutkan di mana dan bila terjadinya mahupun jenazah siapa, hanya disebutkan bahawa pengusung jenazah kelihatan terlalu bergegas menuju ketanah perkuburan...tidak diketahui kenapa?

Namun, para pengusung jenazah dikatakan tidak menyedari langsung bahawa jenazah yang mereka usung sebenarnya telah terjatuh dari keranda, walaupun jelas bunyi "gedebuk!" seperti kedengaran dalam rakaman video.

Para pengusung jenazah terus saja berjalan walaupun keranda yang mereka usung telah menjadi lebih ringan.

Mereka baru mengetahuinya ketika keluarga dari simati berlari tergopoh-gapah dan menjerit dari belakang untuk memberi tahu apa yang terjadi.

Mereka kemudian kelihatan terburu-buru membetulkan semula jenazah dan memasukkan semula ke dalam keranda jenazah sebelum menuju ke tanah perkuburan.

LIHAT VIDEO MAYAT JATUH DARI KERANDA

Heee...seramnya! apakah yang terjadi sebenarnya...Walahualam. 

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: