NUFFNANG

Ahad, Mei 31, 2015

Biar Betul Maradona buka kedai emas di Malaysia

Diego Maradona
Legenda bola sepak dunia, Diego Maradona dan rakan perniagaannya, Boby Chemmanur membuka cawangan keempat kedai emas mereka, Boby and Maradona Gold Diamond Showroom di negara ini.

Diego Maradona melambai tangan kepada para peminat selepas Majlis Pelancaran Boby and Maradona Gold Diamond Showroom di NU Sentral, Kuala Lumpur
Katanya, Malaysia merupakan cawangan keempat syarikat tersebut selepas dibuka di India, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Kuwait sementara satu lagi cawangan bakal dibuka di Amerika Syarikat (AS).

“Hasrat kami adalah membantu golongan yang kurang bernasib baik bagi mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan tempat tinggal. Keuntungan bersih daripada jualan di semua cawangan akan disalurkan kepada golongan sasaran.


“Kami menggalakkan orang ramai membeli emas sambil menderma bagi membantu meringankan beban yang ditanggung anak yatim dan orang miskin. Sumba­ngan langsung daripada mana-mana individu atau syarikat tidak diterima sebaliknya mereka digalakkan membeli emas,” katanya.

Video terkenal Maradona 'Hand of God' Goal 1986 World Cup

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan cawangan sulung Boby and Maradona Gold Diamond Showroom yang turut dihadiri Maradona dan aktres Bollywood, Karisma Kapoor di sini hari ini.

Malaysia dipilih sebagai salah sebuah daripada cawangannya kerana memiliki pasaran yang berpotensi dalam perniagaan barangan kemas.

Menurut beliau, syarikatnya sedang mempertimbangkan untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh dunia dan tidak menolak kemungkinan membuka beberapa cawangan baharu di negara ini.
Wajah Diego Maradona Terkini
“Konsep yang diperkenalkan syarikat kami diharap dapat membuka mata ahli perniagaan lain dan memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan perkara sama.

“Saya sendiri juga telah merangka rancangan dengan ahli sukan lain untuk melakukan konsep yang sama bagi menggalakkan mereka melakukan kerja-kerja amal sambil berniaga,” katanya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: