NUFFNANG

Jumaat, Mei 08, 2015

FILEM HEBAT SAINS MISTERI ‘TOMORROWLAND’ BAKAL MENEMUI ANDA 21 MEI INI

Sebuah filem hebat bertemakan sains misteri...
Tomorrowland berkisarkan tentang seorang remaja perempuan, seorang lelaki genius pertengahan umur yang dihalau dari Tomorrowland dan satu robot perempuan cuba untuk membongkar apa yang telah berlaku di Tomorrowland untuk menyelamatkan bumi.

Kisah bermula ketika Casey mengambil barang pribadinya di balai polis dan di antara barang-barangnya terdapat sebuah pin misteri. Saat Casey menyentuh pin tersebut Casey dapat menjelajah ke suatu dunia yang lebih baik dari yang sekarang dia tinggal. Di dunia baru tersebut Casey bertemu dengan Frank. 

SEDUTAN FILEM TOMORROWLAND

Tempat itu wujud dalam dimensi alternatif di mana sains datang ke dunia. Frank Walker seorang lelaki muda yang berjanji Tomorrowland akan berada di Pesta Dunia 1954 itu.

David Nix juga ada di sana dan menunjukkan hasil kerjanya. Dia menyuruh Walker kembali ke zaman tua. Seorang perempuan bernama Athena menyaksikan perjanjian Frank pada umur 11 tahun dan telah membawanya Frank masuk ke Tomorrowland. Kehadiran Frank telah disedari oleh Nix dan dia dihalau keluar.

FIlem fiksyen sains dan misteri ni dibintangi oleh Pemenang Anugerah Oscar George Clooney sebagai Frank, Britt Robertson sebagai Casey Newton, Raffey Cassidy sebagai Athena, dan Thomas Robinson sebagai Frank versi kanak-kanak.

Klasifikasi: NA
Genre: Fiksyen Sains / Misteri
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2015
Bahasa: English
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Brad Bird
Pelakon: George Clooney, Hugh Laurie, Britt Robertson, Tim McGraw, Judy Greer
.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: