NUFFNANG

Selasa, Mei 05, 2015

PENGENDALI FAMILIA MYVI CLUB (FMC) BUKAN AHLI PUTERI UMNO TEGAS KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA.

Pergerakan Puteri UMNO menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali sebagai Yana.

Penafian itu dibuat Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Berikutan dakwaan itu, beliau meminta pihak berkuasa agar segera menyiasat dalang di belakang laman berkenaan yang dilihat telah memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka. 

“Saya sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa.

“Malah, wajah dipaparkan yang mendakwa sebagai pengendali laman itu turut tidak dicam ahli Puteri UMNO Gombak sendiri. Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lalu agar segera tampil dan memberi kerjasama demi menyelesaikan isu ini.

“Beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi orang dalam juga seharusnya disiasat selain diambil tindakan sewajarnya,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia Online.

Menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, tindakan mengheret nama Puteri UMNO dilihat sebagai usaha pihak tidak bertanggungjawab itu menyelamatkan diri.

Menurut Mas Ermieyati berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu berkenaan kerana mahukan keadilan serta pembelaan terhadap keluarga mangsa. 

Teringat suatu ketika dulu insiden seorang mahasiswi UUM dihina dengan kata-kata lebih 10 kali LISTEN LISTEN LISTEN  Sharifah Zohrah Jabeen dimana memang jelas dia ahli KIMMA tetapi dinafikan sekeras-kerasnya oleh Presiden KIMMA dengan menyatakan dirinya sudah dipecat hanya disebabkan video klip dan kisah itu menjadi viral dan menerima kritkan dan kutukan keras dan pedas dari rakyat.

Begitu juga agaknya kisah ini ... sebab dah menjadi viral seluruh negara sehingga rakyat mengetahui kisah ini tiada yang tidak berang, geram dan marah akan pelumba-pelumba haram MyVi dari FMC sehingga beberapa menteri datang melawat keluarga mangsa .. fikir secara logik sudah pasti tidak mau mengaku ahli parti yang didokongi .. kalau ya pun menjadi ahli Puteri UMNO. akan diberitahu tiada ada kena mengena dengan parti, sebab bukannya suruhan dan arahan UMNO pun mereka terlibat dalam perlumbaan haram. 

Jadi isu sama ada pengendali laman FMC ini ahli Puteri UMNO atau tidak, adalah isu picisan dan remeh temeh .. tidak perlu ada sifat terlalu takut dan cuak serta digemabr gemburkan  sehinggakan nampak tunggul kayu reput disangkakan hantu jembalang, hanya disebabkan mala petaka ini sudah menjadi viral dan buah mulut rakyat.

Puteri UMNO kena belajar bersifat dingin dan tenteram .. jangan mudah melatah dan melenting dengan isu remeh temeh, sebab penafian bukan ahli Puteri UMNO tidak akan mengikis persepsi betapa sememangnya pengendali laman FMC seorang ahli Puteri UMNO Bahagian Gombak .. perlu ingat ... politik sekarang ini ialah politik cara mana mengurus tadbir persepsi sebaik mungkin .. penafian ketika terbenam dalam pemikiran rakyat begitu kental tidak akan mengubah sekelip mata apa yang rakyat fikirkan .. sebab ianya sudah terpasak begitu padu dan kukuh sekali dalam suasana jiwa rakyat memberontak marah dengan tragedi DUKE.- By Omakkau -


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dia buka puteri umno tapi dia puteri Pas.dia bukan puteri Pas mungkin dia puteri Dap kalau dai bikan puteri Dap mungkin dia puteri Pkr.kalau dia bukan puteri Pkr dia puteri umno lah.apa pulaknya.bodohnya kau ,tapi jawatan ketua puteri umno.tak kenal pulak ahli dia.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: