Nuffnang Ads

Rabu, Mei 06, 2015

SubhanAllah, Masjid Tidak Runtuh Akibat Gempa Bumi Kuat Nepal

Malahan tiada dinding yang terkupas atau retak di masjid tersebut...
KATHMANDU – Meskipun digegarkan dengan gempa sekuat 7.8 skala Richter pada 25 April lalu, Masjid Jamik Nepal di ibu kota Kathmandu masih berdiri tegak, walaupun banyak bangunan lain runtuh ‘mencium’ bumi.

Masjid Khasmiri Taqiya 
Malahan tiada dinding yang terkupas atau retak di masjid tersebut manakala kegiatan ekonomi di sekitar kawasan rumah Allah itu masih sibuk dengan kedai-kedai sudah mula dibuka dibanjiri orang ramai.

Seorang anggota jawatankuasa masjid, Mohammad Rizwan berkata: “Kami bersyukur, ini semua kerana kuasa Allah.” Beliau menambah, kali terakhir bangunan masjid itu menjalani kerja ubah suai ialah pada 1995 lalu.
Masjid Kashmiri Taqiya – Nepal
Lebih aneh kira-kira 600 meter dari Masjid Jamik Nepal, berdiri Masjid Khasmiri Taqiya dan bangunan tersebut juga didapati tidak mengalami sebarang kerosakan di sebalik gempa terkuat dalam sejarah Nepal sejak 80 tahun.
Masjid di Atap Dunia, Masjid Kashmiri Taqiya – Nepal
Paling pelik, ia berusia lebih 500 tahun, iaitu dibangunkan pada 1524 dan Rizwan menceritakan lagi: “Ada beberapa masjid di sekitar Kathmandu. Sebahagian besarnya berumur lebih 100 tahun tetapi tiada yang rosak.”
Masjid Khasmiri Taqia yang terbakar ketika rusuhan agama 1 September tahun 2004 
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Arkeologi Nepal, Bhesh Narayan Dahal yang dipetik laporan media tempatan, hampir 200 buah tapak warisan di negara itu rosak teruk akibat gempa dan kini meragut lebih 7,000 nyawa.
Mereka yang terselamat bersujud syukur...
Ini temasuk Tapak Warisan Dunia UNESCO seperti tiga Durbar Square di Kathmandu, Bhaktapur dan Patan. Di Durbar Square, sebilangan khazanah kuil purba Buddha dan Hindu dilaporkan hancur musnah sama sekali.

Dahal menambah: “Saya boleh mengatakan 90% daripada tapak warisan sejarah rosak. Ada yang sebahagiannya retak, ada runtuh sepenuhnya. Ada yang kami perlu merobohkannya kerana bahaya sudah tidak lagi selamat.”

Selepas Nepal dilanda gempa akhir bulan lalu, anggota jawatankuasa masjid-masjid di sekitar Kathmandu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencari mana-mana warga Muslim tempatan yang terkorban.
SubhanAllah! gempa sekuat 7.8 masih belum mampu memusnahkan rumah Allah ini...
Hasilnya ujar Rizwan, agak luar biasa apabila hanya dua yang ditemui maut dan beberapa orang lain disahkan cedera. Sebahagian besar daripada keluarga Muslim di pusat bandar raya Kathmandu juga terselamat.

Kini, Masjid Jamik Nepal dijadikan sebagai pusat penghantaran bantuan logistik untuk mangsa gempa bumi dengan kebanyakannya merupakan bantuan makanan seperti beras, air bersih dan makanan segera.

VIDEO:Nepal Earthquake: Drone video reveals huge devastation -BBC News

Sebahagian kemusnahan Gempa Bumi di Nepal
Gempa Bumi Nepal telah mengorbankan hampir  lebih 10,000 nyawa...
Rizwan memberitahu: “Bantuan kemanusiaan ini diberikan oleh pelbagai lapisan masyarakat Muslim Nepal. Kami kemudian akan mengagih-agihkan penghantaran ke mana-mana penduduk yang lebih memerlukan.”


Sebilangan khazanah kuil purba Buddha dan Hindu dilaporkan hancur musnah sama sekali
Dianggarkan terdapat 1.1 juta penganut Islam di Nepal, menjadikannya agama ketiga terbesar selepas Hindu dan Buddha. Angka itu merangkumi kira-kira 10% jumlah keseluruhan penduduk Nepal. 

VIDEO MASJID NEPAL

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: