Nuffnang Ads

Sabtu, Jun 06, 2015

GEMPA BUMI HAMPIRI MALAYSIA?

Perkara itu terbukti apabila negara kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara rantau seperti Filipina dan Indonesia
Kejadian gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter yang berpusat kira-kira 16 kilometer dari barat laut Ranau dekat sini semalam didakwa oleh penduduk tempatan berpunca daripada ‘sumpahan penunggu gunung.’

10 pendaki asing dikatakan berbogel dan kencing diatas puncak Gunung Kinabalu
Menurut mereka, perbuatan sekumpulan pelancong Eropah yang berbogel dalam keadaan berdiri di puncak Gunung Kinabalu itu pada 31 Mei lalu telah melanggar kesucian gunung tersebut.

Secara tradisinya, perkataan Kinabalu itu sendiri pada asalnya merupakan perkataan kaum Kadazan Dusun yang dicampurkan antara perkataan Aki Nabalu.

Aki membawa maksud nenek mo­yang, manakala Nabalu pula bermaksud gunung.
Malim gunung, Junaidi Sihan
Seorang malim gunung, Junaidi Sihan (gambar), 37, berkata, adalah menjadi kewajipan kepada setiap pelancong menghormati pantang larang ketika mendaki gunung tersebut.

Katanya, pengunjung tidak boleh bercakap besar, memetik tumbuhan atau mengambil batu daripada persekitaran gunung serta jangan menegur sekiranya melihat sesuatu (mahkluk halus).


“Mereka (10 pendaki Eropah) itu telah berbogel dan sudah pasti perbuatan tidak senonoh itu telah me­langgar tatatusila ketika berada di gunung,” katanya ketika ditemui sebelum misi mencari dan menyelamat bersama 73 malim yang lain di Gunung Kinabalu.


Puncak Gunung Kinabalu yang patah dan runtuh akibat gegaran gempa bumi
Sementara itu, seorang penduduk tempatan, Sapirin Sumping, 35, apa yang berlaku (gempa bumi) di Gunung Kinabalu itu mungkin sebagai satu peringatan kepada para pendaki agar sentiasa menghormati kesucian gunung itu.

Kita Akan Kena Gempa Bumi Nanti!! Lingkaran Api Pasifik dekati Malaysia...

Kejadian gempa bumi yang berlaku di beberapa kawasan di Sabah dipercayai berpunca daripada kedudukan titik gempa bumi di Lingkaran Api Pasifik yang semakin menghampiri Malaysia.
Perhatikan kedudukan Malaysia...memang termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik
Pakar geologi berkata, titik gempa bumi lazim­nya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika kawasan itu kerap dilanda gempa.

Katanya, perkara itu terbukti apabila negara kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara rantau seperti Filipina dan Indonesia.

“Justeru, kedudukan Malaysia yang berjiran dengan negara-negara di zon Lingkaran Api Pasifik menyebabkan Malaysia turut tidak terkecuali dari­pada terpalit sama ditimpa gegaran gempa bumi.
Gempa bumi yang berlaku di Myanmar satu ketika dulu telah dapat dirasai hingga ke Perlis
Sebelum ni pun, beberapa gegaran kecil dipercayai kesan daripada gempa bumi di negara jiran telah berlaku terutama di Janda Baik yang terletak di Bentong, Pahang sekitar tahun 2007 dan 2008 lalu.

Persoalannya sekarang, adakah kita masih berasa kita ni konon-kononnya akan selamat sampai bila-bila???

Yang penting, kita sama-sama merancang untuk memanjatkan doa kepada Allah supaya dimudahkan semua urusan-urusan harian kita setiap masa. Jangan diturunkan bala yang besar dan dugaan yang kita tak mampu nak tanggung.
Kerana ia pasti terjadi jika ditakdirkan...
Yang penting, semua rakyat Malaysia, kawan-kawan kami nanti tabah menghadapi gempa bumi yang bakal berlaku pada bila-bila masa. Bukan nak menakutkan tapi kita kena bersedia menghadapi apa pun kerana ia pasti terjadi jika ditakdirkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: