NUFFNANG

Isnin, Jun 22, 2015

HEBAT! TMJ DAPAT SOKONGAN DARIPADA CAPTAIN AMERICA

 TMJ DAPAT SOKONGAN DARIPADA CAPTAIN AMERICA
Perhimpunan yang diadakan bagi menunjukkan solidariti terhadap Tunku Mahkota Johor baru-baru ini mendapat sokongan daripada adiwira Marvel, Captain America.

CAPTAIN AMERICA JB BERGAMBAR DENGAN TMJ
Lelaki dengan memakai suit atau nama sebenarnya Kimberley Lee Tan muncul di hadapan pintu masuk Istana Bukit Serena. Malah beliau sempat bergambar dengan Tunku Temenggong Johor, Tungku Idris Iskandar di perkarangan istana pada hari tersebut.
SERING MENJADI PERHATIAN ORANG RAMAI
Menurut Tan beliau membuat keputusan mengenakan pakaian Captain America dan menaiki motosikal Ducati Monster sebagai menunjukkan sokongan terhadap keluarga diraja Johor itu.
DAH MINAT...NAK BUAT MACAMANA?
Tiada siapa mampu menghalang minat seorang pemilik pusat kecergasan di Taman Nong Chik, di sini, terhadap watak komik adiwira kegemarannya Captain America hingga sanggup membelanjakan hampir RM5,000 bagi mendapatkan kostum watak berkenaan.
Malah, Kimberly Lee Tan, 46, dari Filipina bangga kerana muncul antara peminat tegar yang mempunyai kostum itu di negeri ini.
KELIBAT CAPTAIAN AMERICA JB SERING DILIHAT DI BANDARAYA JB
Menurutnya, dia mula mengumpul pelbagai koleksi watak adiwira berkenaan sejak kecil dan menempah kostum karakter itu selepas ia diadaptasi ke layar perak.
KEHADIRANNYA PASTI MENIMBULKAN KEKECOHAN ORANG RAMAI
“Sejak kecil saya sememangnya memasang impian untuk mempunyai kostum seperti ini dan akhirnya dapat direalisasikan ketika ini. Apa yang penting adalah isteri memahami minat saya ini.
HE! HE! NAK TANGKAP PENJENAYAH KE TOKEH?
“Saya teruja apabila watak kegemaran saya difilemkan sehingga ia memberi idea kepada saya untuk menempah kostum yang diperbuat daripada kulit dari kedai menjual barangan animasi di bandar raya ini.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: