NUFFNANG

Isnin, Jun 29, 2015

SERAM!!! KISAH BENAR TERSEREMPAK HANTU TENTERA JEPUN DILADANG SAWIT

Zul Razali dari Kota Tinggi, Johor ingin berkongsi cerita. Lebih 10 tahun lalu, kata Zul, dia bekerja di sebuah kilang kelapa sawit. Masalahnya, jarak antara rumahnya ke kilang berkenaan lebih 40 kilometer menggunakan jalan besar. Tetapi kalau menggunakan jalan pintas melalui kebun kelapa sawit penduduk sekitar, jaraknya 20 kilometer sahaja.

“Saya pilih untuk guna jalan pintas. Hari pertama, saya ikut kawan saya, Amzan. Dia dah dua tahun kerja di kilang itu. Kami keluar pukul 5.30 pagi supaya dapat sampai ke kilang sekitar pukul 6.15 pagi. Sempatlah sarapan dan pergi tandas. Pukul 7.00 pagi, kami mula kerja.
Pintas melalui kebun kelapa sawit penduduk sekitar, jaraknya 20 kilometer sahaja.
“Masalah timbul bila esoknya Amzan kena kerja shift malam dan saya perlu pergi seorang diri. Pukul 5.30 pagi esoknya saya keluar dengan motor kapcai buruk. Beberapa kilometer di dalam kebun sawit, saya sampai di sebuah simpang empat.

“Alamak... saya mula keliru, simpang mana hendak diambil. Dipendekkan cerita, disebabkan lupa, suasana yang masih gelap dan panik, saya tersesat.

“Saya berhentikan motor dan menggaru kepala. Ketika itulah saya nampak bayangan seorang lelaki sedang mengayuh basikal, keluar dari simpang. Saya terus kejar.

“Semakin dekat, saya nampak pakaiannya berwarna hijau dan memakai topi yang mempunyai kain penutup hingga ke bahu. Saya ikut sebelah pak cik itu, beri salam dan beritahuyang saya sedang mencari arah jalan.
Yallah!!! Hantu Jepun...
“Lelaki itu berhentikan basikalnya dan perlahan-lahan menoleh ke arah saya. Ya-Allah! Waktu itu saya rasa macam nak terkencing sebab mukanya kosong! Kepalanya tidak ada. Yang ada hanya topi saja!

“Saya terus pecut motosikal. Tapi disebabkan terlalu takut, saya terbabas. Waktu hendak mengangkat motosikal, lelaki itu melintas sekali lagi di sebelah saya dan menolehkan ‘kepalanya’.
Hantu Jepun memang wujud...bukan rekaan
“Memang betul, mukanya kosong. Bukan itu saja, di pinggangnya bukanlah parang, tapi pedang. Basikalnya bergerak, tapi saya tak nampak kakinya mengayuh pedal. Basikalnya juga tidak berlampu.

“Saya angkat motosikal dan terus berpatah balik. Pagi itu saya terpaksa tunggu di tepi jalan sampailah hari siang. Pukul 9.00 pagi barulah saya sampai ke kilang.

“Saya terus ceritakan pada kawan-kawan apa yang berlaku.Ceh, rupa-rupanya sebelum itu dah beberapa orang pernah mengalami kejadian serupa.”

Hantu Jepun mahu pulang

Fakta menarik 1: Hantu Jepun dianggap spesies hantu baru dalam masyarakat Melayu. Ini kerana, hantu Jepun hanya wujud selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu, semasa Perang Dunia Kedua.

Ia digambarkan sebagai berpakaian seragam tentera, membawa senapang atau pedang samurai dan tanpa kepala atau kaki. Hantu ini dikatakan mendiami bangunan pejabat, asrama, hospital dan kawasan lapang.

Hantu ini sering dilihat berkawad pada waktu malam dan bunyi tapak kasut dapat didengari dengan jelas. Kemunculan entiti-entiti ini dikatakan masih berlaku sehingga sekarang.

Fakta menarik 2: Kisah hantu Jepun juga dilaporkan berlaku di negara-negara lain yang pernah ditaklukinya dahulu. Antaranya ialah di Singapura.

VIDEO SERAM...Kubur Jepun.

Diceritakan kononnya hantu ini selalu muncul di sebuah bangunan lama di Bukit Timah. Ini kerana dahulu pernah berlaku pertempuran antara tentera British dengan tentera Jepun di sekitar bangunan itu, menyebabkan banyak nyawa terkorban.

Selepas menghalau tentera British, tentera Jepun menjadikan bangunan tersebut sebagai pejabat mereka. Apabila Jepun menyerah kalah, ramai anggota tentera mereka telah membunuh diri secara Bushido, iaitu merodok perut menggunakan pedang samurai.

Sejak itu, penduduk sekitar sering melihat jelmaan tentera Jepun di bangunan tersebut yang dibiarkan kosong. Ada kalanya mereka terdengar bunyi jeritan, raungan dan rintihan orang yang dalam kesakitan.

Ada yang mengatakan, ia bunyi suara tentera Jepun yang membunuh diri. Yang lain pula berpandangan, ia suara mangsa-mangsa mereka yang diseksa dan dibunuh di dalam bangunan tersebut.

Fakta menarik 3: Beberapa tahun lalu seorang sami Buddha di Taiwan telah membuat replika enam buah kapal untuk menghantar roh 300 orang tentera Jepun pulang ke tanah air mereka!

Menurut media massa negara berkenaan, tindakan itu dilakukan oleh kuil Ling Sheng Tang, Tongkang Town, selatan Taiwan, selepas seorang sami bermimpi didatangi roh jeneral tentera Jepun. Dalam mimpi itu, jeneral berkenaan memberitahu betapa mereka amat rindukan kampung halaman, tetapi tidak dapat pulang kerana tidak mempunyai kapal.

Jeneral itu menceritakan, dia dan 300 orang lagi anggota tenteranya telah terbunuh selepas dibom oleh kapal perang Amerika Syarikat. Mayat mereka dibakar, tetapi abunya tidak dikebumikan dengan cara yang sempurna.

Sami tersebut yakin mimpinya itu adalah betul. Ini kerana, penduduk sekitar sering melihat jelmaan tentera Jepun di sekitar tempat pengebumian tersebut. Oleh itu, sami berkenaan telah membuat replika enam buah kapal, kemudian dilayarkan ke laut berhampiran.

Mengapa?
Mati dalam keadaan seksa dan mengejut...
Kemunculan hantu Jepun boleh dilihat dalam beberapa teori. Antaranya, jelmaan itu ialah letusan emosi si mati akibat kematian secara tragis. Tenaga emosinya masih utuh dan berada di tempat kematian, dan muncul pada waktu-waktu tertentu.
Peristiwa tragis itu terakam pada objek-objek yang terdapat di sekeliling tempat kejadian
Teori kedua ialah stonetapetheory, iaitu peristiwa tragis itu terakam pada objek-objek yang terdapat di sekeliling tempat kejadian. Ertinya, semasa si mati terbunuh atau membunuh diri, emosi dan visual peristiwa tragis itu terakam pada dinding, perabot serta benda-benda lain di sekitarnya, seperti mana audio dan visual dirakam pada pita kaset dan cakera padat.
Ramai yang pernah terserempak Hantu Tentera Jepun Berbasikal...
Tayangan visual inilah yang menjelma dan dianggap oleh orang yang melihatnya sebagai hantu Jepun!

KLIK SINI! UNTUK MENGETAHUI ASAL-USUL HANTU TENTERA JEPUN...

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: