Nuffnang Ads

Isnin, Jun 15, 2015

Yamaha R25 Sehebat TZM

Yamaha R25 
Sekitar 1990-an, boleh dikatakan motosikal Yamaha TZM paling ‘top’ kerana bentuknya persis jentera dua roda kategori ‘sportbike’. Berbekalkan enjin dua lejang bersesaran 150 cc membuatkan TZM menjadi motosikal impian anak-anak muda pada zaman berkenaan.

Nostalgia...Yamaha TZM paling ‘top’ era 1990-an
Zaman kegemilangannya boleh dikatakan tidak terlalu lama kerana tiada lagi ‘pewaris’ yang diperkenalkan selepas itu.
Yamaha TZM 150cc  motosikal impian anak-anak muda pada tahun 1990-an
Lepas lebih 20 tahun berlalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kembali menyinar dengan mengambil inisiatif baru untuk mengeluarkan motosikal ‘sportbike’ terbaru mereka menerusi Yamaha R25.
R25 sangat mengancam
R25 bentuk seperti motor GP
Malah, Yamaha R25 menjadi motosikal yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat tempatan apabila bentuknya sungguh menawan.
R25 untuk pasaran Malaysia...BENTUK tajam.
Motosikal ini menggunakan konsep rekaan tajam. Selain memberi imej menarik, bentuk tajam itu sebenarnya banyak membantu untuk membelah rintangan angin bagi menstabilkan ketika menunggang pada kelajuan tinggi.
LAMPU yang mempunyai dua bahagian.
Kali pertama melihat motosikal itu penulis berpendapat bentuknya seakan-akan jentera perlumbaan MotoGP. Boleh penulis katakan, Yamaha R25 jentera yang paling sesuai untuk mereka beralih kepada motosikal berkuasa tinggi.

LAMPU belakang yang bergaya.
Untuk saiz badan tidak berapa tinggi juga sesuai dengan motosikal ini, ia tidak terlalu besar dan berat, selain ketinggian boleh dianggap minimum. Jika ketinggian anda 1.63 meter, anda akan selesa dan yakin apabila kedua-dua kaki boleh berpijak di tanah.
PEREDAM bunyi di hujung ekzos.
Kedudukan posisi badan yang menunduk sedikit ketika menunggang, tidak menjadi kesukaran untuk menunggang motosikal ini di kawasan kesesakan lalu lintas.

Selain mudah dikendalikan ketika mahu mencelah lalu lintas, sistem klacnya juga sangat ringan dan pengendalian gear enam kelajuan sangat mudah, teratur serta lancar.

Yamaha R25 Tokyo Motorshow


Enjin dua silinder selari 249 cc yang digunakan mampu menghamburkan 35.5 hp pada 12,000rpm dan tork setinggi 22.1Nm pada 10,000 rpm.

Sistem pendikitnya memberi tindak balas yang baik setiap kali pertukaran gear dilakukan dan kuasa tarikannya hanya akan terasa apabila mula mencecah 7,000 rpm.

Menariknya, setiap kali jarum rpm melebihi 9,000, lampu putih pada bahagian panel akan menyala menandakan kedudukan gear perlu ditukar kerana ia berfungsi untuk penjagaan enjin yang terbaik.


YAMAHA R25 TOP SPEED 180km


Ketika di ujidi lebuh raya, ia boleh memecut sehingga 170 hingga 180 kilometer sejam (km/j)...perghhh memang hebat! Apa yang pasti, pada kelajuan itu, motosikal berkenaan masih stabil dengan kedudukan penulis dilindungi pelindung angin di bahagian hadapan.

Dalam kelajuan sederhana antara 130 sehingga 140 km/, tidak banyak gegaran dirasa serta suspensinya rasa lebih selesa untuk menyerap keadaan jalan yang teruk.

Pengendalian di selekoh pula, ia tidak banyak kerenah untuk menghadapi laluan itu kerana jentera berkenaan lebih ringan dengan berat 166 kilogram.

Secara keseluruhan, jentera itu boleh dianggap terbaik.

INFO TAMBAHAN.
YAMAHA R25

YAMAHA R25

ENJIN: 249cc, dua silinder, empat lejang, 8 injap, DOHC

KUASA MAKSIMUM: 36hp pada 12,000 rpm

TORK MAKSIMUM: 22.6Nm pada 10,000 rpm

TRANSMISI: Enam kelajuan

KAPASITI TANGKI: 14.3 liter

HARGA ASAS: RM19,783.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: