Nuffnang Ads

Ahad, Julai 26, 2015

Kucing Hitam Dan Puntianak

Dahulu saya cukup takut kalau ada kucing hitam di rumah yang berlaku kematian. Ini kerana, menurut cerita, kucing hitam itu petanda musibah. Kononnya, jika kucing hitam melompat melintasi mayat yang sedang terbujur, nahaslah. Mayat akan bangun semula. Atau pun, selepas dikebumikan, ia akan pulang ke dunia sebagai hantu.


Kucing Hitam Melangkah Mayat

Oleh kerana itu, saya pernah melihat orang-orang tua segera menghalau kucing hitam daripada mendekati mayat. Agaknya mereka bimbang kucing itu melompat mayat dan mayat akan kembali sebagai hantu pada waktu malam.
...dengan mata tidak berkelip. Amat menggerunkan
Lihatlah rupa kucing hitam jika ia memandang kita tanpa bergerak, dengan mata tidak berkelip. Amat menggerunkan. Bagaikan ada kuasa jahat di dalam matanya.

Penjelasan Tentang Kucing Melangkah Mayat

Apatah lagi pada waktu malam. Sinaran matanya cukup menggerunkan. Kalau di kawasan perkuburan, kucing itu mungkin jelmaan dari alam lain. Atau, ada petanda buruk bagi pemilik kubur yang dilompatinya.

Kucing dan syaitan
Untuk pengetahuan anda, kepercayaan terhadap musibah pada kucing hitam, juga wujud dalam pelbagai masyarakat di seluruh dunia. Pun begitu, ribuan tahun lalu masyarakat Mesir purba menganggap kucing adalah haiwan suci. Dewi Kucing, Bast melambangkan perlindungan, kesuburan dan keibuan.
Dewi Kucing, Bast melambangkan perlindungan, kesuburan dan keibuan.
Mereka percaya kucing boleh meramalkan sesuatu. Setiap kali kucing bersin, menguap atau meregangkan badan, ia membawa petanda tertentu, baik atau buruk.

Oleh kerana itu, membunuh kucing adalah jenayah besar. Malah, bangkai kucing juga di awet. Pada tahun 1888, seorang petani di Beni telah menjumpai sebuah kubur berusia 3,000 – 4,000 tahun yang mengandungi 1,800 mumia kucing.

Bagaimanapun, kepercayaan ini semakin hari semakin berubah. Pada Zaman Pertengahan, muncul kepercayaan dalam kalangan masyarakat Eropah yang mengaitkan kucing hitam dengan sihir dan kuasa supernatural jahat.

Sekitar tahun 1500, masyarakat Eropah percaya ahli-ahli sihir akan menukarkan diri mereka menjadi kucing hitam supaya boleh merayau-rayau di segenap tempat untuk mencari mangsa.

Diceritakan, kononnya suatu malam seorang lelaki yang sedang berjalan kaki dengan anak lelakinya, terserempak dengan seekor kucing hitam. Lelaki itu merejamnya dengan batu, lalu mengenai kaki haiwan berkenaan.

Kucing hitam itu segera melarikan diri ke arah rumah seorang wanita tua. Esoknya orang ramai terkejut melihat wanita tua itu berjalan dengan kaki yang tempang! Mulai hari itu mereka percaya wanita berkenaan adalah ahli sihir dan dia menukar tubuhnya menjadi kucing hitam pada waktu malam.

Kepercayaan ini terus berkembang sejajar dengan pengembaraan masyarakat Eropah dan Inggeris ke benua Amerika. Anggapan ini semakin kuat sewaktu merebaknya aktiviti sihir di Salem, Massachusets pada akhir kurun ke-17.

Pada abad ke 16, wujud kepercayaan di dalam masyarakat Itali bahawa kalau kucing hitam baring di atas badan orang yang sedang sakit, habislah. Itu petanda orang berkenaan akan mati tidak lama kemudian. Kucing yang duduk di atas kubur pula bermakna si mati itu tubuhnya diduduki oleh syaitan.

Kucing baik kucing jahat

Dahulu masyarakat Eropah percaya bahawa kalau kita menendang kucing, nanti kaki tersebut akan bengkak. Kalau kita melemaskan kucing di dalam air, kita juga akan mati lemas suatu hari nanti.

Di Perancis, anak gadis ditegah daripada menarik ekor kucing, kelak nanti mereka tidak akan berkahwin sampai tua. Bagaimanapun, di Jepun lain pula. Perempuan yang belum berkahwin digalakkan membela kucing hitam kerana dikatakan haiwan pembawa jodoh.

Masyarakat Inggeris di bahagian tengah England menghadiahkan kucing hitam kerana dipercayai membawa tuah kepada pasangan pengantin.

Sebahagian warga Scotland percaya kucing hitam yang datang ke rumah mereka akan membawa tuah dan laba. Di Jerman lain ceritanya. Kalau kucing hitam melintas di hadapan kita dari arah kanan ke kiri, ia membawa tuah. Tapi kalau dari kiri ke kanan, itu petanda musibah.

Kucing adalah teman sang pelayar kerana ia membawa pelbagai tanda. Kononnya kalau kucing itu asyik mengiau, maknanya pelayaran itu akan menempuh macam-macam masalah. Tetapi kalau ia bermain-main, bermakna pelayaran itu akan berjalan dengan lancar dan mereka akan mendapat pelbagai tuah.

Kucing Jelmaan Syaitan

Kalau kucing yang dibawa asyik menjilat bulu berhampiran bijirin, petanda ribut taufan akan melanda. Tetapi jika ia bersin, petanda akan hujan.

Di rumah, si isteri akan memelihara kucing hitam sepeninggalan suami yang pergi belayar. Dipercayai kehadiran kucing hitam itu akan menghalang suami mereka daripada mendapat bencana.

Sementara itu masyarakat Cina percaya kilauan mata si kucing boleh menakutkan kuasa-kuasa jahat. Dikatakan kucing juga boleh melihat aura pada tubuh manusia.


Cara Membezakan Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan Jin

(Surah Yassin, Ayat 9)

Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat.

Petua ni saya ambil dari rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 yang membicarakan topik sihir oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie, seorang pengamal perubatan Islam yang bernaung di bawah syarikat Sinar Zamdurrani.

Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut :

 Berwarna hitam.

Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak.

Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.
style="font-family: Arial, Helvetica, sans-serif;">
Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher / tengkuk kucing tersebut.

Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: