Nuffnang Ads

Ahad, Julai 05, 2015

Yazid Search tunggu penderma buah pinggang

YAZID AHMAD kini menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR  – Pemain dram kumpulan rock legenda, Search, Yazid Ahmad sekali lagi merayu kepada orang ramai yang sudi untuk menderma buah pinggang kepadanya.

Yazid bersama ahli kumpulan SEARCH yang banyak memberi semangat kepadanya
Meskipun setelah lebih enam tahun menunggu penderma yang bermurah hati, Yazid percaya akan ada insan yang sudi membantu dirinya dan sepanjang tempoh menunggu itu, dia tidak akan menyerah kalah.

“Saya sekali lagi merayu jika ada pihak yang sudi menderma. Saya benar-benar memerlukannya ketika ini.

“Kita tahu memang susah sikit mahu mencari penderma organ, tetapi saya tetap berharap. Sebagai pesakit buah pinggang memang apa yang saya lalui sejak enam tahun lalu bukan mudah, sebab itu kalau boleh saya mahu segera sembuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Zaman kegemilangan Yazid bersama kumpulan SEARCH
Pemain dram yang kini berusia 53 tahun itu telah dimasukkan semula ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak seminggu lalu.

Menurut Yazid, dia dimasukkan ke wad setelah doktor mendapati terdapat keracunan di bahagian jantungnya.

“Malah sepanjang bulan Ramadan ini saya tidak dapat menjalani ibadah puasa atas nasihat doktor. Mungkin juga saya akan berada di sini sehingga Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam nada sebak.

SEARCH MENTARI MERAH DIUFUK TIMUR

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: