Nuffnang Ads

Sabtu, Ogos 22, 2015

Anda Pelajar Di UK Dan US Yang Sedang Pokai? Permaisuri Johor Ingin Bantu Anda

Raja Zarith Sofiah 
(kiri) bersama anakandanya ketika bercuti ke UK
Nilai matawang Ringgit Malaysia berbanding dollar Amerika ketika artikel ini ditulis adalah RM4.13



Manakala Great Britain Pound (GBP) pula RM6.47.

Kejatuhan matawang Ringgit ini telah mendapat perhatian Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Ibni Almarhum Sultan Idris Shah.

Baginda menulis dalam Facebook kerisauannya terhadap nasib rakyat Malaysia yang menyambung pelajaran di luar negara seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat yang sudah tentu terkesan dengan kejatuhan matawang Ringgit itu.




“Berapa banyak baki yang tinggal untuk membeli makanan selepas mereka membayar sewa dan perbelanjaan harian? 

“Berapa banyak ibu bapa boleh hantar kepada mereka?" tulis Baginda dalam laman Facebook peribadinya.

Baginda yang sedang bercuti di United Kingdom menawarkan diri untuk membantu warga negara ini yang tinggal atau menyambung pelajaran di negara itu
Raja Zarith Sofuah (kiri) bersama anakandanya ketika bercuti ke UK
“Kepada rakyat Malaysia yang tinggal atau belajar di UK, sila maklumkan saya bagaimana boleh saya tolong,” tulis Baginda.

Berikutan tawaran ini, Yayasan Zarith Sofiah telah membuka permohonan bantuan kewangan insentif sebanyak USD/GBP 500 kepada 5 pelajar di UK dan 5 lagi di Amerika Syarikat.

Bantuan insentif ini adalah sumbangan peribadi CEO Yayasan Zarith Sofiah, Dato' Ghazali Dato' Mohd Yusoff di mana USD500 dan GBP500 akan diberikan kepada 10 pelajar terpilih. 

Cara memohon bantuan ini juga simple iaitu pelajar cuma perlu hantarkan video berdurasi maksima 2 minit untuk memperkenalkan diri, kursus yang diambil dan memberi penerangan bagaimana kursus ini boleh membantu Malaysia di masa akan datang.

Tawaran ini akan mula dibuka pada 31 Ogos ini, dan tarikh tutup adalah pada 16 September

Ciri-ciri video yang dicari adalah yang jujur, kreatif atau kelakar.

Video ini hendaklah dihantar kepada Facebook Yayasan Zarith Sofiah, atau diemailkan kepada program.yrzsnj@gmail.com.

Sudah pasti pelajar Malaysia yang terkesan dengan kejatuhan matawang Ringgit gembira dengan tawaran ini

Terdahulu, Mstar pernah melaporkan ramai pelajar yang belajar di luar negara tiada pilihan melainkan 'ikat perut' bagi berdepan kemerosotan nilai Ringgit.

Contohnya, pelajar kejuruteraan komputer, Arunan Balakrishnan yang kini memasuki tahun ketiga di sebuah universiti di Buffalo, Amerika Syarikat, berkata dia perlu membayar RM44,000 bagi setiap semester kerana penurunan Ringgit.

"Apabila saya meninggalkan negara ini pada tahun 2013, kadarnya adalah 3.15, jadi ia satu peningkatan yang agak ketara."

"Lebih teruk lagi, yuran saya sebanyak AS$10,000 hingga AS$15,000 bagi setiap semester akan terus meningkat sehingga saya menamatkan pengajian saya," kata pelajar berusia 26 tahun ini.


Jadi, lakukanlah sehabis baik untuk merebut peluang tawaran bantuan insentif ini. Selamat maju jaya!

Published by Hayaty Mahdini — 21 Aug 2015, 03:56 PM (http://says.com)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: