Nuffnang Ads

Sabtu, Ogos 29, 2015

Ketahui 5 Ikan ‘Terkaya’ Di Malaysia

Tahukah anda? ada spesies ikan yang boleh mencecah ratusan malahan ribuan ringgit. Entri kali ini memperkenalkan lima spesies ikan paling mahal di Malaysia.

 Ikan Empurau

Ikan ini boleh mencecah sehingga RM500 untuk satu kilogram. Ikan air tawar ini hanya boleh ditemui di Sarawak. Sesuailah dengan harganya yang mahal, isi ikan empurau dikatakan manis dan lembut. Ikan ini juga mempunyai kulit yang licin.
 
BUAH engkabang yang baru gugur dari pokoknya

Apa yang membuatkan ikan ini sangat mahal adalah kerana ia hanya makan buah ‘engkabang’ saja. Pernah satu ketika, ikan ini dijual dengan harga RM2,000 satu kilogram. Memang hebat!

Ikan Jelawat

Ikan ini mempunyai isi yang manis dan enak seperti ikan empurau. Ikan ini hanya memakan buah-buahan di muara sungai. Harga ikan jelawat boleh mencecah sehingga RM300 ke atas hanya untuk 1kg. Gila kan?

Ikan Semah

Spesies ikan ‘Tor Labeobarbus’ ini sejenis ikan sungai yang hanya boleh dijumpai dalam hutan dara Borneo. Sama seperti ikan jelawat, ia juga makan buah-buahan di murara sungai. Sediakan RM300 untuk mendapatkan ikan ini. Tapi, itu harga untuk sekilo saja ya! Ramai yang mengatakan berbaloi bayar mahal untuk ikan ini kerana ia mempunyai isi yang sangat sedap dan berlemak.

Ikan Patin Muncung

Berapa kali kita terbaca kisah orang yang dicaj sehingga ribuan ringgit kerana menikmati hidangan patin? Memang benar ikan ini tergolong dalam kumpulan  ikan ‘orang-orang kaya’. Di negeri Pahang, spesies ini mendominasi harga pasaran apabila harganya mencecah sehingga RM280 – RM300 lebih untuk sekilogram.

Permintaan untuk spesies ini adalah yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Jika ia besar sedikit, harganya akan menurun tetapi tetap melebihi RM200 untuk satu kilogram.

Ikan Ketutu

Tidak seperti rupanya yang tidak berapa ‘elok’, harganya mahal. Ikan ini dikenali dengan nama saintifiknya Marbled Goby. Bagi orang-orang kampung, ikan ini dipanggil sebagai haruan hodoh, ikan hantu atau belantuk kerana fizikalnya yang tidak sama seperti ikan-ikan lain.

Harganya boleh mencecah RM100 sekilogram tetapi jika sudah siap dimasak, boleh mencapai sehingga RM150 – RM200 untuk satu kilogram. Biasanya restoran-restotan makanan laut di Sabah yang akan menghidangkan sajian ikan ketutu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: