Nuffnang Ads

Rabu, Ogos 12, 2015

YZF-R25 motor idaman setiap penunggang

Rekaan yang menawan pasti menarik ramai peminat untuk memiliki motosikal ini.
Keinginan memiliki motosikal berkuasa tinggi ada pada setiap golongan muda terutamanya lelaki, sama ada bagi memenuhi keperluan harian ataupun gaya.


Namun disebabkan faktor harganya yang terlalu mahal, tidak ramai yang mampu untuk membeli motosikal berkuasa besar.

Kemunculan motosikal Yamaha YZF-R25 pastinya memberikan satu kegembiraan buat kaki motor yang tidak mempunyai bajet banyak untuk mendapatkan motosikal berkuasa tinggi.

VIDEO : YZF-R25 motor idaman setiap penunggang

Tampil ranggi, garang dan sangat sporty diadaptasikan daripada model perlumbaan Yamaha YZF-R1, R25 yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan sama dari segi reka bentuk dan gaya tunggangan.

Ia sudah cukup untuk penunggang merasai keterujaan menunggang motosikal itu bagi memberi satu kepuasan serta mengalami sendiri sensasi tunggangan motosikal Yamaha ini.

Menggunakan enjin jenis empat lejang dengan dua silinder 8 valve DOHC, ia mampu menjana kekuatan enjin sebanyak 249 cc memberikan daya penarik kepada motosikal yang sudah lama dinantikan oleh peminat Yamaha seluruh negara.

Jika sebelum ini, model motosikal berkuasa tinggi seperti R1 dan R6 yang masing-masing mempunyai harga yang jauh dari jangkauan, peminat R25 boleh mendapatkannya dengan harga jauh lebih murah.

Yamaha nyata tidak berkompromi dengan rekaan serta aspek-aspek teknikal dalam menghasilkan motosikal ini kerana ia boleh dikatakan model ‘mini’ bagi motosikal berkuasa tinggi.

Sesuai digunakan untuk perjalanan jauh dan juga di dalam bandar, ia ternyata sesuai untuk mereka yang mahukan kenderaan yang berkuasa dalam mengharungi perjalanan harian yang menjemukan.

R25 memberikan satu pengalaman dengan teknologi yang telah diketahui dalam setiap siri R yang dihasilkan sejak YZF-R1 dilancarkan pada 1998 untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

Pengenalan R25 ini membolehkan penunggang menunggang jentera yang penuh prestasi dengan reka bentuk yang dinamik serta mudah untuk dikawal bagi tujuan harian.

Dijangkakan model ini akan memberikan impak yang positif dalam pasaran tempatan, lebih-lebih lagi keterujaan yang terlihat dalam setiap penunggang yang mahukan motosikal berkuasa dengan harga mampu milik.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: