NUFFNANG

Ahad, September 13, 2015

Keistimewaan bumi Mekah

Hati manusia cenderung untuk menziarahi tempat-tempat suci-Nya serta rindu untuk berada di situ
ANTARA keajaiban ciptaan Allah SWT ialah Dia membuat hati manusia cenderung untuk menziarahi tempat-tempat suci-Nya serta rindu untuk berada di situ.

Dia juga telah mengukuhkan cinta tersebut dalam hati mereka hingga tidak dapat berpisah dengan tempat tersebut melainkan dengan perasaan sedih dan kecewa teramat dalam.

Begitulah gambaran awal Ibnu Batutah ketika menceritakan keistimewaan bumi Mekah dalam bukunya, Rihlah Ibn Batutah.

Hakikat ini digambarkan oleh Allah SWT sendiri dalam al-Quran melalui doa yang diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika membina Kaabah al-Musharrafah. (rujuk al-Baqarah: 126)

Imam al-Nawawi rha dalam hal ini berkata: “Ketahuilah bahawa banyaknya nama menunjukkan kepada kebesaran yang dinamakan, sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan nama Rasul-Nya.

Kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain dari Mekah dan Madinah, kerana kedua-duanya merupakan sebaik-baik bumi. Disebabkan kerana banyaknya sifat yang boleh dinamakan kepada kedua-duanya.”

Semoga Allah SWT memberi peluang kepada kita semua untuk menjadi Dhuyuf al-Rahman, melihat dan merasai sendiri kelazatan beribadah di kota Mekah yang dijanjikan Allah SWT dengan segala kelebihan dan pahala yang berganda-ganda buat hati yang ikhlas mendambakannya.

Nama-nama lain Mekah

1  - Bakkah (lembah air mata, Ali Imran: 96)
2  - Ummul Qura (perkampungan tua, al-An’aam: 92)
3  - Al-Balad (negeri, Ibrahim-35)
4  - Al-Balad al-Amin (negeri yang aman, at-Tiin: 3)
5  - Al-Baldah (negeri, an-Naml: 91)
6  - Haraman Amina (tanah suci yang aman, al-Ankabut: 67)
7  - Wad Ghairu DziZar’in (lembah yang gersang, Ibrahim: 37)
8  - Ma’ad (tempat kembali, al-Qashash: 85)
9  - Qaryah (negeri/kampung, Muhammad: 13)
10 - Al-Masjid al-Haram (al-Baqarah: 144)

Kelebihan dan keberkatan daripada al-Quran dan hadis
Sebagai tempat rumah ibadat pertama di bumi iaitu Baitullah. (rujuk Ali Imran: 96)

Dijanjikan keamanan dan kemakmuran oleh Allah SWT, ia merupakan tempat yang diharamkan pertumpahan darah padanya. (rujuk al-Ankabut: 67)

Al-Maghariy berkata, bangsa Arab sejak dahulu lagi telah sepakat untuk menghormati dan memuliakan Baitullah.

Mekah yang terdapat Baitullah padanya dijanjikan-Nya dengan keberkatan dan pahala berganda-ganda kepada sesiapa yang memasuki serta beribadat di dalamnya.

“Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih baik daripada 1,000 kali solat di masjid lain kecuali Masjid al-Haram, solat di Masjid al-Haram lebih afdal 100 kali daripada solat di masjidku ini (iaitu 100,000 kali dari masjid lain).”(riwayat Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabrani)

Bukan sahaja orang yang hidup dan beribadat padanya memperoleh kelebihan, bahkan orang yang mati di bumi Mekah dan juga Madinah dijanjikan dengan kelebihan yang tersendiri.

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat untuk orang yang mati di situ.” (riwayat Ahmad)

Kewujudan Telaga Zam-Zam yang mempunyai sejarah dan kelebihannya dalam merawat penyakit. Dalam sebuah hadis Nabi SAW telah bersabda: Sebaik-baik air yang ada di muka bumi adalah Zam-Zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit. (riwayat Muslim)
Air zam-zam
Air Zam-Zam tidak pernah kering sehingga ke hari ini walau diminum berjuta-juta orang.

Saintis Jepun, Dr. Masari Emoto yang mendapati bahawa air Zam-Zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.

Beliau juga mendapati molekul air itu adalah bercabang-cabang dan berkilauan serta begitu kukuh, strukturnya tidak berubah walau apa jua tekanan.

Malah, ia mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.

Kelebihan nukilan ulama

Tempat dibangunkan rumah Allah (Baitullah) pertama kali. Nabi Adam yang diperintah Allah untuk mendirikan Baitullah. Allah memberikan petunjuk berupa cahaya yang turun dari langit membentuk mihrab.

Jadi, tapak Kaabah itu berbentuk mihrab masjid, tapi pada masa Sultan Murad IV dipotong menjadi simetris. Sisa potongan itulah, Hijr Ismail yang tidak boleh masuk ke dalamnya saat melakukan tawaf, kerana masuk ke situ sama dengan memasuki Kaabah.

Kota kelahiran Rasulullah SAW sebagai nabi akhir zaman.

Tempat pertemuan Adam dan Hawa yang mana setelah dikeluarkan dari syurga, mereka berdua hidup mengembara selama 200 tahun sehingga Allah mempertemukan mereka kembali di Jabal Rahmah, Arafah, tanggal 9 Zulhijah. Arafah masih termasuk Kota Mekah.

Tempat beribadah para hamba-Nya serta adanya kewajipan atas mereka untuk mengunjunginya, baik yang dekat mahupun yang jauh, iaitu dalam mengerjakan haji.
Tempat yang tidak boleh seorang pun masuk ke dalamnya kecuali dengan kerendahan hati, khusyuk, kepala terbuka dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia.

Tempat yang tidak ada sejengkal bumi pun yang Allah wajibkan hamba-hamba-Nya untuk menghadap dan melambaikan tangan, kecuali kepada Kaabah, Hajarul Aswad, Rukun Yamani yang adanya di kota Mekah.

Tempat Allah memberikan balasan bagi siapa saja yang berniat jahat, walaupun belum melakukannya. Dan barang siapa yang melakukan kejahatan, balasannya akan dilipatgandakan. Ia adalah kerana melakukan kejahatan di Tanah Suci, lebih besar dosanya dibandingkan di tempat-tempat lain.

Tempat-tempat mustajab berdoa. Misalnya di Hajar Aswad, Rukun Yamani, Makam Ibrahim, Hijr Ismail, Telaga Zam-Zam, Arafah saat berwukuf dan lain-lain.
Tempat dilarang orang-orang kafir termasuk Dajjal untuk memasukinya.
Tempat yang sentiasa dijaga para malaikat.

15 RAHSIA KAABAH

15 Rahsia Kaabah di Mekah Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sedikit fakta mengenai Kaabah:

1. Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Tingginya kira-kira 13.10 meter, dengan sisinya selebar 11.03 meter darab 12.86 meter.

2. Ia telah dibina oleh Nabi Ibrahim as dan anak sulungnya, Nabi Ismail as. Pada mulanya, Kaabah mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah barat dan satu lagi di sebelah timur.

3. Binaan awal hanyalah terdiri daripada kayu dan tidak berbumbung. Menurut ulama dan cendiakiawan Islam, tapak Kaabah sebenarnya adalah tapak ibadat oleh para Malaikat dan penghuni langit namun kemudiannya di angkat ke langit ke tujuh. Tapak ibadat para Malaikat dan penghuni langit digelar Baitul Makmur. Baitul Makmur berada selari dengan Kaabah di dunia.

4. Di satu penjuru Kaabah terdapat batu hitam yang dikenali sebagai Hajar Aswad. Diriwayatkan bahawa batu ini diturunkan di Jabal Abu Qubais dalam keadaan putih bersih. lebih bersih daripada susu. Namun, lama-kelamaan batu putih bertukar hitam dek kerana dosa anak Adam yang menciumnya.

5. Kaabah pernah beberapa kali rosak antaranya adalah disebabkan banjir dan peperangan. Antara paling diingati adalah peristiwa di mana Hasin bin Numayr telah mengarahkan tenteranya melontarkan batu dengan menggunakan manjanik ke atas pasukan Abdullah bin Zubair yang bertahan di Kaabah. Tembakan dengan manjaniq ini menyebabkan terbakarnya tirai atau kiswah Kaa’bah.

6. Kiswah atau kain penutup Kaabah pertama kali diperkenalkan samaada oleh Nabi Ismail as atau moyang Nabi Muhammad saw, Adnan bin Ad.

7. Hijr Ismail terletak di sebelah utara Kaabah yang dibatasi tembok berbentuk setengah bulatan. Ia dipercayai sebagai tempat tinggal Nabi Ismail semasa hayatnya dan kemudian menjadi kuburan beliau dan juga ibunya, Siti Hajar.

8. Terdapat satu kawasan khas yang dipagar di sekitar kompleks Kaabah. Ia adalah Maqam Ibrahim. Maqam Ibrahim dalam erti kata di sini adalah tempat pijak Nabi Ibrahim bukannya kubur Nabi Ibrahim. Di sini, dapat dilihat kesan tapak kaki Nabi Ibrahim yang tenggelam ke dalam batu sedalam 9 cm.

9. Di bumbung Kaabah terdapat satu pancuran air yang dikenali Mizab Kaabah. Mizab Kaabah dibina untuk membuang air hujan yang sering bertakung di bumbung Kaabah. Ia disaluti dengan emas dan diukir dengan bergitu cantik.

10. Pada 8 Zulhijjah 317 Hijrah, Abu Taher al-Qurmuthi daripada Bahrain telah datang menyerang Mekah sehingga ramai jemaah haji terbunuh. Banyak harta benda jemaah haji dirampas bergitu juga dengan hak milik Kaabah iaitu Hajar Aswad. Mizab Kaabah juga ingin dirampas namun tidak berjaya apabila Allah mentakdirkan pengikut Abu Taher yang ingin mengambil Mizab Kaabah tersebut terbunuh akibat jatuh daripada bumbung Kaabah.


Wallahualam.

(Sumber: Buku Sejarah Mekah Dulu dan Kini, tulisan Dr. Muhammad Abdul Gani)

1 ulasan:

Mr.ReD berkata...

artikel menyesatkan..

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: