NUFFNANG

Jumaat, Oktober 30, 2015

TSUNAMI APAKAH INI YANG MELANDA INDIA?

Kewujudan ‘tsunami buih’ di Bangalore India yang mengalir dari air di Tasik Bellandur di sini adalah perkara biasa kepada penduduk sejak 15 tahun lalu, namun baru-baru ini masyarakat tempatan dikejutkan dengan laporan buih tersebut menghasilkan api.


Kejadian itu sempat dirakam penduduk bernama Elan Govan.“Sudah 15 tahun tasik itu dipenuhi buih. Setiap kali hujan turun, buih akan berterbangan ke udara sehingga melekat pada kenderaan.

“Namun pada Mei lalu, kejadian pelik berlaku apabila buih yang berterbangan terbakar secara tiba-tiba,” ujarnya.

VIDEO : TSUNAMI APAKAH INI YANG MELANDA INDIA?

Jelas Govan, 46, buih itu menghasilkan api setinggi 1.2 meter, sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk setempat.

Dia yang juga sukarelawan badan kebajikan membersihkan tasik tersebut, Whitefield Rising, berkata, api berkenaan mungkin terhasil daripada gas metana yang terkumpul daripada bahan buangan seperti minyak dan bahan pencuci.

Beberapa aktivis alam sekitar turut mendakwa, buih itu terbakar kesan daripada sisa kimia dan kumbahan tidak dirawat yang dilupuskan ke dalam tasik berkenaan.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: