NUFFNANG

Rabu, November 04, 2015

10 Hand Phone Otai Yang Anda Pernah Guna


10 Telefon 'Otai' Yang Korang Pernah Guna

"Baling anjing mati, jatuh tak pecah dan bateri tahan berhari-hari": Itu antara ciri-ciri telefon otai yang mewarnai kehidupan kita satu ketika dulu. 

Admin konfiden korang mesti pernah pakai salah satu daripada model-model telefon di bawah.

1) NOKIA 8110 (AKA THE MATRIX)
Tahun: 1996

Bentuk melengkung dengan papan kekunci terselindung. Nampak begitu bergaya ketika menjawab panggilan, papan kekunci diunjur ke bawah dengan satu gerakan pantas.

Persis watak Morpheus dalam filem trilogi ‘The Matrix’ yang turut menggunakan model telefon serupa. Siapa kata Samsung jenama telefon pertama yang mengaplikasikan model telefon melengkung?


2) NOKIA COMMUNICATOR 9000
Tahun: 1996

Telefon yang kerap melekat di tangan ahli perniagaan untuk menguruskan kerja seharian.

 ‘Bagak’ dan sukar untuk disimpan di dalam poket seluar tetapi sebaik saja anda membukanya- terpapar papan kekunci QWERTY yang lengkap beserta fungsi sambungan kepada internet! Memori? Hanya 8 megabait tetapi ketika itu ia sudah lebih daripada mencukupi!


3) MOTOROLA RAZR
Tahun: 2004

Helo Moto! Dulu asyik-asyik iklan ni keluar di kaca tv. Motorola Razr diakui antara telefon paling kacak sewaktu zamannya. Nampak sungguh bergaya dan menepati sasaran Motorola yang mendefinisikan telefon ini as a fashion statement. 

Warna skrin menyamai warna setiap huruf pada butang papan kekunci dianggap terlalu maju ketika itu. Rekaan futuristik dengan papan kekunci nipis memang mendahului zamannya berbanding telefon-telefon lain. Time ni kalau bercakap depan awek memang rasa konfiden habis!


4) NOKIA 8250 (AKA NOKIA BUTTERFLY)

Tahun: 1999

Dengan berat hanya 79 gram dan skrin kecil bewarna biru, ia merupakan antara model telefon paling cute yang pernah dihasilkan Nokia. Mudah diselitkan di dalam poket baju atau poket seluar, ia digelar Nokia Butterfly kerana bentuk kekunci sebelah atas yang menyerupai rama-rama.

 Paling seronok bila bermain mesej dengan kawaan-kawan. Cahaya biru berkelip-kelip pada skrin menandakan ada mesej baru masuk. Stail beb!


5) BLACKBERRY BOLD

Tahun: 2008

The prestige, a fashion statement & the trend setter-itu yang dapat dikatakan tentang telefon Blackberry Bold. Satu ketika dulu, mereka yang menggunakan telefon ini sering dipandang ‘tinggi’ berbanding pengguna telefon lain.

 Daripada remaja yang bajet stailo hinggalah kepada ahli perniagaan, Blackberry Bold dianggap berada dalam kelas tersendiri dengan ciri-ciri menarik seperti pengesan bebola, rekaan luaran badan bewarna chrome dan papan kekunci QWERTY. 

Telefon pintar Iphone dari Apple pernah dilabel sengaja mencari masalah dan dijangka gagal ketika cuba bersaing dengan Blackberry ketika itu. 

Maklumlah zaman tu telefon dengan fungsi skrin sesentuh dianggap sesuatu yang pelik. Kini, 7 tahun berlalu, jelas kelihatan siapa sebenarnya yang gagal...

6) NOKIA 3210
Tahun: 1999

Merupakan telefon Nokia pertama dengan fungsi antena terbina dalam beserta permainan game popular Snake. 

Turut dilengkapi pilihan lengkap nada dering. Model 3210 merupakan antara model basic paling popular di kalangan remaja satu ketika dulu.


7) NOKIA 3310

Tahun: 2000

“Baling ke dinding steady tak pecah, bateri tahan 3 hari selamba,”-itu antara kata-kata keramat apabila bercakap tentang telefon klasik Nokia 3310.


Cukup popular sehingga terdapat beberapa individu di Facebook yang menjual telefon ini secara pukal untuk dijadikan koleksi. 

Mereka yang pernah memiliki telefon ini pasti teringat waktu taip mesej panjang berjela ditujukan kepada kekasih atau orang tersayang. 

Nokia 3310 membenarkan sehingga 459 huruf ditaip untuk setiap satu mesej. Bateri tinggal 10%? Itu bermakna telefon anda akan tahan sehari lagi. Powerbank what? Apabila Nokia 3310 digenggam dalam tangan, perkataan powerbank tak pernah wujud!


8) SONY ERICSSON W800

Tahun: 2005

Dikenali dengan corak oren pada permukaan badan, model W merupakan telefon dengan fungsi walkman yang menyokong kapasiti luaran sehingga 2 gigabait.

 Pernah jadi kegilaan remaja yang gemar mendengar lagu dan sentiasa bergerak aktif. Antara telefon terawal berkemampuan memainkan file MP3 dan AAC yang dianggap ‘legend’ ketika itu.


9) SAMSUNG S300
Tahun: 2003

Antara telefon bewarna yang pernah menjadi favorite anak-anak muda dahulu. Kemampuan menghasilkan sejumlah 256 warna beserta nada dering polifonik sudah dianggap cukup canggih dan mendahului zaman.


10) MOTOROLA STARTAC
Tahun: 1996

Tiada fungsi yang canggih pun pada telefon ini ketika zamannya tetapi ia dianggap antara telefon paling seksi di pasaran. Saat paling best apabila anda menjawab telefon sambil menarik keluar kabel antenanya-memang ada gaya!  

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: