NUFFNANG

Jumaat, November 20, 2015

Bunga Azan Di Turki...

 'Bunga Azan' berkembang mekar sebaik sahaja diperdengarkan alunan Azan...
'Bunga Azan' itulah nama yang diberikan oleh warga FB dan Netizen di alam Internet.
Kini heboh dengan penemuan sejenis bunga yang dikatakan hanya berkembang mekar bila terdengar Azan berkumandang, kejadian ini dikatakan berlaku di Turki.

Video yang menunjukkan 'Bunga Azan' berkembang mekar sebaik sahaja diperdengarkan alunan Azan...memang sungguh menakjubkan sekali, Sila Lihat videonya dibawah ini.

VIDEO: Bunga hanya mekar bila mendengar azan.



Apakah Penjelasannya dari segi sains tentang fenomena ini?
Sebenarnya 'Bunga Azan' ini juga digelar 'Genus Oenothera' jenis bunga ini sebenarnya memang hanya mekar pada waktu senja menjelang Maghrib dimana ketika itulah Azan sedang berkumandang.
Bunga Azan...Hanya Mekar Tak Sampai Seminit Sebelum Terkulai Layu...
'Bunga Azan' ini hanya berkembang mekar kurang dari satu minit sahaja sebelum terkulai layu. Sebenarnya untuk pengetahuan anda jika bunga ini tidak mendengar Azan pun ianya akan tetap berkembang mekar, bunga ini hanya bertindak balas kepada pantulan cahaya senja yang mengenainya bukan kepada suara atau pun bunyian.

Video: Bunga ini hanya mekar di waktu senja sahaja
.

Jadi kemungkinan proses mekarnya bunga ini memang bertepatan dengan azan maghrib. Sila lihat video dibawah ini...Walahualam.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: