Nuffnang Ads

Sabtu, November 21, 2015

POKOK INI CUKUP BERBISA! MAMPU MEMBUNUH JIKA TERSENTUH...

POKOK INI CUKUP BERBISA! MAMPU MEMBUNUH JIKA TERSENTUH...
Gympie-Gympie merupakan salah satu tumbuhan paling berbisa di dunia. Hanya dengan menyentuhnya saja, Seseorang itu akan merasakan sakit yang begitu hebat sehingga boleh meninggal dunia.

Seseorang itu dianggap bernasib baik jika mampu bertahan hidup setelah terkena sengatan daun tumbuhan ini, Mangsa serta-merta akan merasakan rasa sakit yang amat luar biasa. Rasa sakit tersebut akan dialami beberapa bulan dan berulang semula setelah bertahun-tahun lamanya.
INILAH RUPA POKOK GYMPIE-GYMPIE
Tumbuhan pembunuh ini biasanya ditemui di hutan hujan Indonesia, terutama Maluku. Selain di Indonesia, dan mungkin juga terdapat di hutan Malaysia dengan namanya yang berlainan. Tanaman ini juga tumbuh subur di utara timur Australia.
AWAS! BUNGANYA NAMPAK CANTIK TAPI MAMPU MEMBUNUH...
Seluruh bahagian tumbuhan ini, bermula dari daun, batang, hingga buahnya yang berwarna ungu ditutupi dengan duri-duri halus berbentuk seperti jarum suntik.
DURI POKOK INI MENGANDUNGI RACUN YANG SANGAT KUAT 
Ketika seseorang menyentuh tumbuhan ini, duri-duri halus tersebut akan menembusi tubuh dan melepaskan racun yang sangat menyakitkan yang disebut moroidin.

Walaupun seseorang itu tidak menyentuhnya, dan hanya berdiri berhampiran tumbuhan ini, mangsa akan serta-merta merasa gatal-gatal, ruam, bersin dan berhingus yang teruk.
DUDUK DEKAT POKOK INI SUDAH TERASA BISANYA...APALAGI JIKA TERSENTUH
Seorang pakar virus bernama Dr Mike Leahy mengatakan, perkara pertama yang akan dirasakan adalah rasa terbakar yang betul-betul dahsyat dan semakin lama semakin menyakitkan.

Dia kemudian menjelaskan mangsa akan mengalami bengkak pada bahagian bawah ketiaknya. Dalam beberapa kes yang parah, mangsa akan mengalami shock dan membawa kematian.
DAUN-DAUN MUDA LEBIH BANYAK DURI-DURI HALUS
Jika duri-duri halus tumbuhan itu tidak segera dikeluarkan dari kulit, rasa sakit tersebut akan dirasai selama bertahun-tahun.

Salah seorang mangsa  A.C Macmillan pernah melaporkan kesan samping tanaman ini di mana pada tahun 1996 kuda yang ditungganginya tersengat tumbuhann tersebut, kemudian mati dalam tempoh dua jam.
INILAH KESAN TERKENA SENGATAN POKOK GYMPIE-GYMPIE
Pada tahun 1994, seorang rakyat Australia bernama Cyril Bromley menjelaskan gambaran mengerikan ketika dia tak sengaja tersengat tanaman Gympie-Gympie.

Dia menjelaskan bahawa ia harus diikat di katil hospital selama tiga minggu dan diberikan berbagai macam jenis rawatan, namun tidak berhasil.

Bromley juga mengatakan bahawa pernah seorang mangsa tanaman ini yang menembak dirinya sendiri kerana terasa sakit yang sudah tidak tertahan lagi.
PAPAN TANDA BAHAYA TUMBUHAN GYMPIE-GYMPIE DILETAKKAN DI KEBANYAKKAN HUTAN DI AUSTRALIA
Perghh!!!, mengerikan sungguh tumbuhan yang berasal dari Indonesia ini. Hati-hati kalau masuk ke hutan jika terjumpa tumbuhan ini, jangan sampai disentuh kalau tidak ingin merasakan sakit yang amat dahsyat.

VIDEO : POKOK INI CUKUP BERBISA! MAMPU MEMBUNUH JIKA TERSENTUH...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: